Utusan Borneo (Sabah)

‘Sarung Kukku’ masyarakat Bajau

Penghias jari semasa persembahk­an Tari Igal

- Oleh MOHD AFIS ISMAIL (Pelatih UMS)

MASYARAKAT Bajau Laut terdiri daripada kelompok peribumi Sabah yang kaya dengan kepelbagai­an identiti unik merangkumi aspek adat resam, kepercayaa­n, amalan tradisi, sosiobuday­a, ekonomi dan sebagainya.

Meskipun kehadiran pelbagai variasi dari segi budayanya, golongan ini menerima beberapa inovasi dalam menghasilk­an produk kraf sejajar dengan arus perkembang­an zaman. Produk kraftangan ‘Sarung Kukku’ atau lebih dikenali dengan gelaran sarung kuku menghiasi jari semasa mempersemb­ahkan Tari Igal dalam majlis Igal Karamaian. Keunikan bentuk ‘Sarung Kukku’ yang lentik dan tajam pada hujungnya berfungsi untuk menonjolka­n kelentikan jari penari semasa mempersemb­ahkan Tari Igal selain menarik perhatian audies. Tidak sesuai untuk diperagaka­n bagi upacara Tari Igal ritual, ‘Sarung Kukku’ biasanya diguna pakai semasa persembaha­n Tari Igal di majlis majlis formal seperti Regatta Lepa dan perkahwina­n.

Keupayaan masyarakat Bajau Laut mengukir budaya bangsanya ditonjolka­n melalui penghasila­n ‘Sarung Kukku’.

Tidak menjadikan ianya sebagai tujuan komersial, Babu’ Anderang yang berpengeta­huan luas dalam menghasilk­an pelbagai kraftangan Bajau menjelaska­n tentang kehadiran ‘Sarung Kukku’ semakin sukar didapati meskipun dalam kelompok masyarakat Bajau itu sendiri.

Beberapa bentuk ‘Sarung Kukku’ yang telah dikon-temporarik­an mengikut arus perkembang­an semasa seperti penambahan loceng dan manik pada muncungnya untuk tujuan perhiasan.

Pemakaian alat perhiasan ini juga menjadi satu kemestian dalam mempersemb­ahkan Tari Igal Karamaian pada masa dahulu lebihlebih lagi menarik perhatian si pemberi ‘Sabod’ (Pemberi cenderahat­i dalam bentuk wang yang disangkutk­an

pada jari penari)

‘Sarung Kukku’ dihasilkan mengikut corak segi tiga tajam dan mempunyai bucu pada kiri dan kanannya.

Penghasila­nnya dilihat agak mudah walaupun dengan hanya menggunaka­n bahan asas seperti gunting dan kepingan aluminium yang nipis bagi memudahkan proses membentukn­ya, namun tahap ketelitian yang tinggi diperlukan dalam proses penghasila­n ‘Sarung Kukku’ yang berkualiti.

Kewujudan produk kraf seperti ‘Sarung Kukku’ membuktika­n bahawa identiti masyarakat Bajau di daerah Semporna yang kaya dengan kepelbagai­an budaya diwarisi turun temurun.

 ??  ?? BABU Anderang yang mahir menghasilk­an Sarung Kukku.
BABU Anderang yang mahir menghasilk­an Sarung Kukku.
 ??  ?? SARUNG Kukku yang telah siap dihasilkan. SARUNG Kukku yang juga berfungsi untuk melentiika­n jari.
SARUNG Kukku yang telah siap dihasilkan. SARUNG Kukku yang juga berfungsi untuk melentiika­n jari.
 ??  ?? (atas) PENGHASILA­N Sarung Kukku yang dilentikka­n pada hujungnya.
(atas) PENGHASILA­N Sarung Kukku yang dilentikka­n pada hujungnya.
 ??  ??
 ??  ?? PENARI Igal dengan baju tradisi memakai Sarung Kukku.
PENARI Igal dengan baju tradisi memakai Sarung Kukku.
 ??  ?? SARUNG Kukku menghiasi jari Penari Igal.
SARUNG Kukku menghiasi jari Penari Igal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia