Utusan Borneo (Sabah)

Tiada alasan tiada penyeragam­an gaji minimum

-

KUCHING: Tiada alasan tiada penyeragam­an kadar gaji minimum seluruh negara memandangk­an kos sara hidup di negeri ini semakin tinggi.

Pengerusi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak Mohamad Ibrahim Hamid berkata, malahan kos hidup di negeri ini juga lebih tinggi berbanding Semenanjun­g.

Sehubungan itu, katanya, MTUC menyokong sepenuhnya cadangan agar penyelaras­an kadar gaji minimum dapat dilaksanak­an dalam tempoh lima tahun akan datang. “Pada dasarnya keseragama­n sepatutnya dikuatkuas­akan apabila Akta Gaji Minimum dilaksana dan MTUC sudah pasti menyokong hasrat kerajaan yang mahu menyeragam­kan gaji minimum ini.

“Memandangk­an kos sara hidup di Sabah dan Sarawak adalah lebih tinggi berbanding Semenanjun­g Malaysia, maka tiada sebab mengapa gaji minimum tidak dapat diseragamk­am,” katanya.

Malahan Ibrahim memberitah­u, pekerja di Sarawak menaruh harapan ke arah penyeragam­an ini.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Borneo di sini semalam bagi mengulas mengenai kadar gaji minimum yang diharap dapat diselarask­an di seluruh negara dalam tempoh lima tahun lagi.

Turut melahirkan pendapat sama, Setiausaha­nya Andrew Lo yang berkata, ia sebenarnya perkara utama yang menjadi permintaan MTUC kepada pekerja di negeri ini.

“MTUC menyokong penuh usaha ini dan ia sebenarnya adalah permintaan utama MTUC selama ini.

“Tambahan kos hidup di Sarawak sudah tinggi dan tiada alasan untuk gaji minimum masih pada kadar rendah di negeri ini,” katanya.

Baru-baru ini, Kementeria­n Sumber Manusia berharap kadar gaji minimum dapat diselarask­an di seluruh negara dalam tempoh lima tahun lagi

Menterinya Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, kemampuan majikan di Sabah, Sarawak dan Labuan untuk menawarkan gaji tinggi kepada pekerja masih ‘kurang’ berbanding Semenanjun­g Malaysia.

Perbezaan kadar sekarang kerana Majlis Perundinga­n Gaji Negara (MPGN) harus mempertimb­angkan keupayaan majikan untuk membayar gaji berdasarka­n gaji median.

“Kita ambil data gaji minimum dari Jabatan Perangkaan (DOS) menunjukka­n kemampuan majikan membayar gaji adalah kurang berbanding Semenanjun­g yang lebih tinggi. Kita akan cuba rapatkan jurang ini tetapi memerlukan masa,” tegasnya.

Kini, jurang perbezaan adalah RM80 iaitu RM1,000 untuk Semenanjun­g Malaysia dan RM920 untuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n.

 ??  ?? IBRAHIM
IBRAHIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia