Utusan Borneo (Sabah)

Sharapova mara, Kyrgios tersingkir di Terbuka AS

-

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS): Bekas pemain nombor satu dunia, Maria Sharapova

(gambar), bangkit dari ketinggala­n sebelum melangkah ke pusingan ketiga Terbuka AS sementara satu kecederaan bahu kanan menyebabka­n pemain pilihan ke-14 dari Australia, Nick Kyrgios tersingkir dari kejohanan Rabu lepas.

Sharapova, yang mengejutka­n pemain ranking kedua dunia, Simona Halep pada perlawanan Grand Slam pertama beliau selepas digantung 15 bulan kerana kesalahan dadah, menewaskan Timea Babos, pemain ranking ke-59 dunia dari Hungary 67(4/7) 6-4 dan 6-1 di Stadium Arthur Ashe. “Saya merasakan saya terlalu tergesa-gesa untuk menamatkan permainan,” kata Sharapova. “Ia bukan permainan terbaik saya. Ia permainan agak hambar tetapi kadang-kadang perlawanan seperti itu agak menghiburk­an dan ia juga lumrah dalam sukan tenis.” Pemain berusia 30 tahun dari Rusia itu menjadi pemain pertama yang melangkah

ke pusingan ketiga dan akan bertemu pemain tuan rumah, sama ada Sofian Kenin atau Sachia Vickery.

Sharapova, yang memiliki lima kejuaraan Grand Slam termasuk satu di Terbuka AS pada 2006, disahkan positif bahan larangan meldonium di Terbuka Australia 2016, penampilan terakhir beliau pada kejohanan Grand Slam sebelum di sini.

“Setiap hari jika saya ada peluang, saya mahu bermain di sini kerana ia adalah hari yang istimewa dan saya tidak sabar untuk perlawanan seterusnya,” kata Sharapova.

Kyrios, pilihan ke-14 kejohanan, mengalami kecederaan di bahagian bahu ketika tewas 6-3, 1-6, 6-4 dan 6-1 di pusingan perta- ma ke- pada pemain ranking ke-235 dunia yang juga rakan senegarany­a dari Australia, John Millman.

“Pada awal set ketiga, saya melakukan servis dan selepas itu saya tidak berasa seperti sebelum ini,” kata Kyrgios. “Sesuatu tidak kena di lengan kanan saya.”

Sharapova, pemain ranking ke-146 dunia, melakukan 12 pukulan servis kencang dengan 39 pukulan kemenangan dan 36 kesilapan mudah.

Beliau tewas pada permainan tiebreak set pertama kerana

melakukan banyak kesilapan tetapi bangkit bergaya pada set kedua dan tidak menoleh ke belakang lagi. “Pada set kedua, saya berasa lebih cergas dan ia memberikan saya keyakinan,” kata Sharapova. Pada perlawanan lain, pilihan keenam dari Austria, Dominic Thiem, menewaskan Alex de Minaur 6-4,

6-1 dan 6-1. Thiem kini pemain pencabar utama Roger Federer dan Rafael Nadal dalam kumpulan undian kejohanan.

“Saya bukan antara pilihan utama, jadi saya fikir saya boleh bermain dengan tenang,” kata Thiem.

Pilihan kelapan dari Rusia, Svetlana Kuznetsova, juara di sini pada 2004, juga dipaksa bertarung tiga set sebelum menewaskan pemain ranking ke-67 dari Republik Czech, Marketa Vondrousov­a 4-6, 64 dan 7-6(7/2) pada pusingan pertama. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia