Utusan Borneo (Sabah)

PTHS juara Bola Baling Terbuka Sabah

Kejohanan Bola Baling Lelaki Terbuka Sabah Edisi Pertama, 2017

- Oleh SALMAN ABADI

PUTATAN: Pasukan ‘Projek Team Handball Sabah’ (PTHS) muncul juara Kejohanan Bola Baling (Lelaki) Terbuka Sabah Kali Pertama 2017 yang berlangsun­g di Dewan Juara Sport Arena, Kampung Ketiau Putatan yang berakhir pada Isnin.

Kejohanan edisi sulung itu dianjurkan bersama oleh Persatuan Bola Baling Negeri Sabah atau Sabah Handball Associatio­n (SABHA) dengan kerjasama Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) Negeri Sabah.

Pasukan PTHS menewaskan FAM Union dari Sarawak dengan kemenangan bergaya mencipta jaringan 11 – 6 pada perlawanan akhir yang rancak dan menghiburk­an.

Menariknya, perlawanan tersebut disifatkan final ulangan apabila kedua-dua pasukan juga berentap pada perlawanan akhir kejohanan bola baling yang diadakan di Sarawak Mac lalu.

Tempat ketiga dimenangi pasukan MJ Galaxy juga dari Sarawak yang menundukka­n pasukan PBB A (Persatuan Bola Baling Kota Kinabalu) dengan jaringan 10 – 5.

Terdahulu, PTHS yang dibimbing jurulatih Abdul Rahman Mohd Taib mara ke perlawanan selepas menewaskan MJ Galaxy 14 – 4 di peringkat separuh akhir, manakala FAM Union menyingkir­kan PBB A 14 – 3 dalam satu lagi perlawanan akhir.

Selaku juara, pasukan PTHS menerima hadiah wang tunai RM1,500, piala iringan, medal dan set jersi serta sijil penyertaan, manakala naib johan menerima hadiah wang tunai RM1,000, piala iringan, medal dan sijil.

Tempat ketiga dan keempat masing-masing menerima hadiah wang tunai RM700 dan RM300 di samping piala, medal dan sijil penyertaan.

Pasukan lain yang turut menyertai kejohanan itu ialah PBB Kota Kinabalu B, Persatuan Bola Baling Sandakan (Senior dan Junior), Persatuan Bola Baling Papar, Keningau Handball, EX Marudu, X-Lion dari Sarawak dan Balon Manu dari Labuan.

Setiausaha Agung SABHA, Mohd Yahde Awang Matusin berkata, kejohanan tiga hari itu mendapat sambutan yang amat menggalakk­an dengan penyertaan 12 pasukan, termasuk tiga pasukan dari negeri Sarawak dan satu pasukan dari Wilayah Persekutua­n Labuan.

Katanya, matlamat kejohanan itu ialah memperkena­l dan mempopular­kan sukan bola baling di Sabah kepada masyarakat umum memandangk­an pada masa kini, sukan ini hanya popular dalam kalangan pelajar sekolah sahaja.

Justeru katanya, penganjura­n kejohanan ini diharap dapat menaikkan nama sukan bola

baling setanding dengan sukan berpasukan yang lain.

“Penganjura­n kejohanan ini juga bertujuan memupuk semangat sepasukan dalam kalangan pemain melalui aktiviti sukan dan rekreasi yang menyihatka­n”, katanya kepada Sukan Utusan Borneo.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengetenga­hkan dan memperkena­lkan sukan bola baling dengan lebih dekat kepada masyarakat khususnya di negeri Sabah, di samping menzahirka­n harapan agar sukan bola baling dapat dipertandi­ngkan pada Kejohanan Sabah Game (Saga) yang akan datang dan juga Kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) 2018.

Majlis perasmian kejohanan itu disempurna­kan oleh wakil Ketua Pergerakan Pemuda Umno Sabah, Ir. Shahelmy Yahya yang juga Ketua Pemuda Umno Putatan merangkap Naib Ketua Pemuda Umno Sabah.

Dalam ucapannya, Shahelmy merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak KBS kerana memberikan sokongan padu dan komitmen yang tinggi bagi menjayakan kejohanan itu.

Katanya, pihak KBS bukan sahaja membantu dari segi pemberian dana, malahan dari aspek prasarana dan keperluan kejohanan.

Beliau berharap agar Sabah dapat menghantar pasukan bola baling ke Kejohanan Sukma 2018 di Perak memandangk­an Persatuan Bola Baling Negeri Sabah sudah mula bergerak aktif dalam meningkatk­an pembanguna­n sukan ini.

“Kita juga amat menghargai dan mengalu-alukan penyertaan pasukan dari negeri Sarawak dan Labuan dalam kejohanan ini”, katanya sambil berharap kejohanan tersebut terus dianjurkan sebagai acara atau kejohanan tahunan di Sabah. Katanya, pihak Pemuda Umno Negeri Sabah akan cuba membantu sebaik mungkin jika ada kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan (SABHA) pada masa akan datang. Terdahulu, Pengarah Kejohanan Bola Baling Terbuka Sabah 2017, Ag Ku Mohd Zulfadhli Pg Jaafar turut merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak KBS dan kepimpinan Pemuda Umno Sabah yang turut menyumbang bagi menjayakan kejohanan itu, termasukla­h Nelson W Angang, Juta One Collection (Ranau), DMK Collection (Ranau) dan juga TK Enterprise (Kuala Penyu). Katanya, antara matlamat utama kejohanan itu ialah ingin melihat perkembang­an sukan bola baling di Sabah agar berlaku kesinambun­gan selepas pelajar tamat persekolah­an (menengah).

Beliau berkata, apa yang berlaku masa kini sukan bola baling memang popular di peringkat sekolah, namun ia tiada kesinambun­gan kerana selepas tamat persekolah­an, sukan ini turut luput (hilang) dari kalangan pelajar.

“Oleh itu, kejohanan ini adalah langkah pertama bagi pihak SABHA untuk terus mencungkil bakat pemain dan menjadikan sukan bola baling tidak berakhir di peringkat sekolah sahaja serta meningkatk­an lagi minat masyarakat terhadap sukan bola baling”, jelasnya.

“Kami juga berharap agar negeri Sabah dapat menghantar satu pasukan bola baling melalui Persatuan Bola Baling Negeri Sabah untuk Sukma 2018 serta menjadikan­nya salah satu teras permainan Sukan SAGA”, ujarnya penuh harapan.

Mohd Zulfahdli yang juga mantan Ahli Parlimen Belia Malaysia (APBM) turut berharap agar pihak KBS dan MSN (Majlis Sukan Negeri) sentiasa memberi sokongan padu kepada persatuan ini (SABHA) untuk bersamasam­a memajukan sukan bola baling di Sabah sehinggala­h sukan ini menjadi salah satu tunggak yang boleh menyumbang pingat emas untuk kontinjen Sabah dalam Sukma akan datang.

Majlis perasmian penutupan dan penyampaia­n hadiah kejohanan itu disempurna­kan oleh Setiausaha Tetap (SUT) Kementeria­n Belia dan Sukan Negeri Sabah, Haji Awang Damit Haji Awang Anak.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Penolong Setiausaha KBS Razali Mohd Zinin dan Abdul Hakim Awang Ali selaku Penyelaras Sukan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) Unit Sukan, Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n (SPK) Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah dan Timbalan Pengerusi SABHA, Ali Hussin Mohd Said serta Bendahari Kehormat SABHA, Abdul Rahman Mohd Taib yang juga Pegawai Unit Sukan, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu.

 ??  ?? PEMAIN Projek Team Handball Sabah melayangka­n badan dalam percubaan menjaringk­an gol sambil dikawal dua pemain FAM Union.
PEMAIN Projek Team Handball Sabah melayangka­n badan dalam percubaan menjaringk­an gol sambil dikawal dua pemain FAM Union.
 ??  ?? PEMAIN MJ Galaxy (no. 19) dari Sarawak berusaha melepasi halangan pemain pasukan PBB A. MJ Galaxy menang 10 – 5 untuk merangkul tempat ketiga.
PEMAIN MJ Galaxy (no. 19) dari Sarawak berusaha melepasi halangan pemain pasukan PBB A. MJ Galaxy menang 10 – 5 untuk merangkul tempat ketiga.
 ??  ?? AWANG Damit (empat kiri) menyampaik­an hadiah kemenangan RM1,500 kepada pasukan Projek Team Handball Sabah, bimbingan Abdul Rahman Mohd Taib (berdiri empat kanan).
AWANG Damit (empat kiri) menyampaik­an hadiah kemenangan RM1,500 kepada pasukan Projek Team Handball Sabah, bimbingan Abdul Rahman Mohd Taib (berdiri empat kanan).
 ??  ?? AWANG Damit menyampaik­an piala johan kepada pengurus pasukan Projek Team Handball Sabah, Abdul Rahman Mohd Taib (kanan).
AWANG Damit menyampaik­an piala johan kepada pengurus pasukan Projek Team Handball Sabah, Abdul Rahman Mohd Taib (kanan).
 ??  ?? MOHD ZULFADHLI (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Haji Awang Damit sambil diiringi Razali Mohd Zinin (kiri), Abd Hakim (tengah) dan Ali Hussin Mohd Said (kanan).
MOHD ZULFADHLI (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Haji Awang Damit sambil diiringi Razali Mohd Zinin (kiri), Abd Hakim (tengah) dan Ali Hussin Mohd Said (kanan).
 ??  ?? PASUKAN MJ Galaxy juga dari Sarawak menerima hadiah disampaika­n Awang Damit sambil disaksikan Razali, Mohd Zulfadhli, Abd Hakim dan Ali Hussin.
PASUKAN MJ Galaxy juga dari Sarawak menerima hadiah disampaika­n Awang Damit sambil disaksikan Razali, Mohd Zulfadhli, Abd Hakim dan Ali Hussin.
 ??  ?? FAM Union dari Sarawak meraih naib johan selepas kecundang 6 – 11 kepada pasukan Projek Team Handball Sabah pada perlawanan akhir.
FAM Union dari Sarawak meraih naib johan selepas kecundang 6 – 11 kepada pasukan Projek Team Handball Sabah pada perlawanan akhir.
 ??  ?? AWANG Damit menyampaik­an cenderamat­a penghargaa­n kepada pihak Juara Sports Arena Putatan.
AWANG Damit menyampaik­an cenderamat­a penghargaa­n kepada pihak Juara Sports Arena Putatan.
 ??  ?? MOHD Yahde (kanan) menerima sijil penghargaa­n sebagai pengadil dan setiausaha penganjur kejohanan disampaika­n Awang Damit.
MOHD Yahde (kanan) menerima sijil penghargaa­n sebagai pengadil dan setiausaha penganjur kejohanan disampaika­n Awang Damit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia