Utusan Borneo (Sabah)

HUBUNGAN BAIK DUA K’JAAN

42,200 jemaah haji Malaysia tahun ini

-

MINA: Hubungan baik di antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi menyaksika­n jumlah jemaah Malaysia yang melaksanak­an ibadah haji pada musim ini meningkat sebanyak 12,000 orang berbanding 30,200 jemaah yang diumumkan sebelum ini.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata daripada laporan yang diterima, sebanyak 42,200 jemaah Malaysia berada di Tanah Suci untuk melaksanak­an Rukun Islam Kelima itu.

“Mengikut laporan daripada pengurusan Tabung Haji, setakat hari ini (semalam) jemaah haji Malaysia yang berada di Arafah adalah sebanyak 42, 200 orang,” katanya kepada pemberita di Arafah pada Khamis.

Terdahulu, beliau mengiringi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melawat khemah penempatan jemaah Malaysia di Arafah menjelang Hari Wukuf.

Sebelum ini, ketika melawat beberapa maktab penginapan jemaah haji Malaysia di Makkah, Abdul Azeez memberi bayangan untuk mengumumka­n di Arafah angka sebenar jemaah Malaysia yang melaksanak­an ibadah haji pada musim ini.

Beliau berkata pertambaha­n bilangan jemaah haji Malaysia itu adalah berikutan hubungan baik di antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi.

Dalam pada itu, Abdul Azeez berkata setakat Khamis, seramai 20 jemaah Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci.

Daripada jumlah itu, beliau berkata TH akan melaksanak­an 12 badal haji untuk jemaah terbabit manakala lima lagi pernah menunaikan ibadat haji dan lembaga berkenaan tidak akan berbuat demikian kepada mereka.

“Tiga lagi jemaah, kita tidak sempat melaksanak­an badal haji tahun ini kerana meninggal dunia hari ini (Khamis). Insya-Allah, Tabung Haji akan melaksanak­an badal haji untuk mereka tahun depan,” katanya.

Sementara itu, Abdul Azeez berkata 12 jemaah Malaysia masih dirawat di hospital di Makkah, dan daripada jumlah itu empat masih koma manakala lapan lagi sedang dipantau kesihatan mereka. -Bernama

 ??  ?? MENTERI Tugas-Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang (tujuh kanan) bersama Edward (lapan kiri), Yong (sembilan kiri) dan Jimmy (enam kanan) serta Penasihat-Penasihat Kehormat KKJA memotong kek sempena Ulang Tahun Jubli Perak KKJA.
MENTERI Tugas-Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang (tujuh kanan) bersama Edward (lapan kiri), Yong (sembilan kiri) dan Jimmy (enam kanan) serta Penasihat-Penasihat Kehormat KKJA memotong kek sempena Ulang Tahun Jubli Perak KKJA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia