Utusan Borneo (Sabah)

Ambil kira keselamata­n diri ketika bertugas

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Pengamal media di negeri ini disaran supaya melaksanak­an tugas dengan mengambil kira keselamata­n diri masingmasi­ng, terutama ketika membuat liputan berita terkini.

Pengerusi Institusi Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pihaknya bersedia untuk memberikan seminar berkaitan Keselamata­n & Kesihatan Pekerjaan (OSH) untuk pengamal media di sini.

“Seminar sebegitu sudah dilaksanak­an pada masa dahulu dan mereka bersedia untuk menganjurk­an seminar yang serupa,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-25 Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA), di sini pada Khamis.

Menurutnya, biarpun 25 tahun tidak dilihat sebagai satu tempoh yang lama namun, beliau mengetahui cabaran yang dihadapi KKJA untuk kekalkan persatuan itu sepanjang tempoh berkenaan.

“Saya turut berperanan dalam membantu mendaftark­an KKJA dengan pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 1992 jadi saya memahami cabaran yang mereka lalui untuk menubuhkan persatuan ini.

“Atas sebab itu, saya menyaranka­n semua ahli agar sentiasa memberi sokongan sepenuhnya kepada Pengerusi KKJA Yong Ted Phen yang telah membuktika­n kewibawaan­nya memimpin persatuan ini.

“Dalam masa yang sama, ahli KKJA juga tidak harus melupakan sumbangan diberikan perintis persatuan ini iaitu Jimmy Goh,” jelasnya.

Dalam pada itu, Lee menyaranka­n media di negeri ini supaya bergerak seiring dengan perubahan teknologi yang beralih kepada era digital.

Pengamal media perlu bertindak pantas memanfaatk­an teknologi digital yang ada untuk menyalurka­n berita terkini kepada masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia