Utusan Borneo (Sabah)

Wanita maut, kenderaan dihanyutka­n banjir kilat

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Insiden banjir kilat di Sungai Felda Tengah 01 Kalabakan, di sini, Khamis, mengakibat­kan seorang wanita berusia 49 tahun meninggal dunia selepas dihanyutka­n bersama kenderaann­ya oleh air deras.

Ketua Polis Daerah Tawau AC P F adil Marsus berkata, mayat mangsa, Jamurin Pangandai @ Maimeh ditemukan penduduk kampung, pada jarak lingkungan 500 meter dari lokasi kejadian kira-kira jam 11.50 pagi.

“Gerakan mencari dan menyelamat mangsa dijalankan oleh polis Kalabakan, bomba dan penyelamat Tawau, polis bantuan Felda Kalabakan dan bomba sukarela Kalabakan.

“Seramai 125 penduduk kampung turut tampil menyertai gerakan mencari mangsa di sekitar lokasi kejadian dan kawasan berhampira­n,” katanya, di sini, pada Jumaat.

Anak lelaki mangsa, Denny Lauji, 21, yang cedera pula menerima rawatan awal di Klinik Kesihatan Kalabakan sebelum dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tawau.

Fadil berkata, anak-beranak itu dalam perjalanan dari Ranau menaiki kenderaan pacuan empat roda dan hendak melintasi tempat tong sampah Felda Tengah 01, kira-kira jam 1.40 pagi.

“Bagaimanap­un, air didapati sudah mula menutup jalan menuju ke Kretam, menyebabka­n mereka memberhent­ikan kenderaan buat sementara waktu.

“Pada masa itu, anak mangsa turun dari kenderaan dan mengukur kedalaman air menggunaka­n kaki dan mendapati kedalaman air mencapai paras paha.

“Selang dua jam kemudian, anak mangsa sekali lagi mengukur kedalaman air menggunaka­n kakinya dan mendapati air mula surut di paras bawah lutut,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata anak mangsa kemudianny­a menaiki kenderaan dan meredah air banjir, namun banjir besar tiba-tiba turun dari sebelah kiri dan menghanyut­kan kenderaan mereka.

Menurutnya, dalam keadaan panik, anak lelaki mangsa keluar dari kenderaan dan memecahkan cermin untuk menyelamat­kan ibunya dan sempat memegang tangan orang tuanya.

“Tetapi pegangan tangan mangsa terlepas daripada anaknya akibat arus air banjir yang deras, dan anak mangsa berusaha mencari orang tuanya namun gagal,” katanya.

Gerakan mencari dan menyelamat dihentikan kirakira jam 12.15 tengahari, manakala mayat mangsa pula dibawa ke kamar mayat Hospital Tawau untuk bedah siasat.

 ??  ??
 ??  ?? BANJIR kilat yang berlaku di Sungai Felda Tengah 01 Kalabakan menghanyut­kan kenderaan dinaiki mangsa bersama anaknya. Manakala gambar kiri, mayat mangsa ditemui kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.
BANJIR kilat yang berlaku di Sungai Felda Tengah 01 Kalabakan menghanyut­kan kenderaan dinaiki mangsa bersama anaknya. Manakala gambar kiri, mayat mangsa ditemui kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia