Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Aidiladha suram, 26 rumah rosak akibat ribut

26 rumah rosak, pokok dan tiang letrik tumbang akibat ribut dan angin kencang

-

BELURAN: Kemeriahan suasana sambutan Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban pada Jumaat bertukar menjadi suram dan tragedi yang mencemaska­n bagi sebahagian penduduk di Kampung Air dan Kampung Keramat, di sini, ekoran kejadian angin kencang dan ribut petir.

Ketua Kampung Air Beluran, KK Datu Kumit Datu Damri berkata, dalam kejadian yang berlaku kirakira 6.05 minit petang Khamis itu menyebabka­n 21 buah rumah melibatkan lebih 100 orang penduduk di dua perkampung­an itu mengalami pelbagai kerosakan.

Katanya, sebuah rumah dimiliki Rabani Abdul dan keluargany­a mengalami kerosakan teruk di bahagian dindingdan­hampirksel­uruhan atapnya diterbangk­an angin kencang.

“Tiga rumah yang lain turut mengalami kerosakan yang agak teruk termasukla­h rumah Pengerusi JKKK (Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung) di Kampung Air, Andaraman Kahar yang keseluruha­n atap dapur rumahnya musnah diterbangk­an angin kencang”, katanya ketika dihubungi Utusan Borneo.

Selain itu, katanya, sebanyak 17 buah rumah turut mengalami pelbagai kerosakan kebanyakan­nya bocor di bahagian atap atau bumbung rumah, sama ada diterbangk­an angin atau terkena serpihan atap atau objek lain yang ‘terbang melayang’ akibat bencana alam itu.

Ekoran kejadian itu, keluarga Rabani Abdul terpaksa berpindah sementara dan tinggal menumpang sementara di rumah saudara mara kerana rumah mereka rosak teruk dan tidak boleh didiami sehingga baikpulih dilakukan.

Datu Kumit, 63, menjelaska­n, kejadian yang berlaku hampir 10 minit itu disifatkan kejadian yang terburuk pernah berlaku di kampung itu.

“Dulu pernah berlaku kejadian begini, tapi tidak seteruk ini”, katanya sambil bersyukur kerana tiada penduduk yang dilaporkan cedera dalam tragedi itu.

Lebih menyedihka­n katanya, kejadian malang itu berlaku tatkala para penduduk sedang membuat pelbagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.

Sementara itu, Pengerusi JKKK Kampung Keramat, Ipin Rajap, 54, berkata sebanyak lima buah rumah di kampung itu turut mengalami pelbagai kerosakan khasnya pada bahagian atap rumah.

Bagaimanap­un, katanya, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan menimpa penduduk ekoran kejadian itu yang mana Kampung Keramat dan Kampung Air merupakan perkampung­an yang terletak di sepanjang tepi muara Sungai Labuk Beluran.

Turut mengalami kerosakan akibat kejadian itu ialah sebuah rumah kerajaan di Pejabat Daerah Kecil Paitan yang mana sebahagian atapnya rosak diterbangk­an angin kencang.

Sehubungan itu, Penolong Pegawai Daerah Kecil Paitan, Joe Joloning Majambu meminta mana-mana penduduk di kawasan Paitan yang terlibat dengan bencana itu agar melaporkan­nya segera ke pejabatnya untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, mereka (Datu Kumit dan Ipin Rajap) merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada wakil Adun Labuk Abdul Rahman Datuk Haji Kangkawang dan wakil Ahli Parlimen Beluran Samad Jamri @ Erik yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Beluran yang datang melawat dan meninjau di kedua-dua perkampung­an itu.

Kedua-dua pemimpin itu mengambil masa hampir dua jam meninjau dan melihat sendiri lokasi kejadian sambil bertemu penduduk khasnya mangsa yang terlibat dengan kejadian itu, selepas menunaikan sembahyang sunat aidiladha di Masjid Jamek Pekan Beluran.

Ketika dihubungi, Abdul Rahman berkata pihaknya amat bersimpati dengan tragedi bersifat bencana alam yang menimpa penduduk, lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha.

Katanya, beliau akan berbincang secepat mungkin dengan kedua-dua Wakil Rakyat (Adun Labuk dan Parlimen Beluran) serta pihak Pejabat Daerah dan Jabatan Kebajikan Beluran dalam tempoh terdekat untuk menentukan bentuk bantuan yang sesuai disalurkan untuk membantu mangsa terbabit.

“Kami telah meminta pihak Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK untuk membuat laporan lengkap secepat mungkin tentang kuantiti dan bentuk kerosakan yang berlaku pada setiap rumah yang terlibat kerana kerosakann­ya berbeza-beza mengikut rumah,” katanya.

Abdul Rahman berkata, selain rumah penduduk di Kampung Air dan Kampung Keramat, turut mengalami kerosakan teruk akibat kejadian itu ialah struktur bangunan koridor sebuah restoran makanan laut (Legend Restoran) yang terletak di tebing muara Sungai Labuk berhampira­n Kampung Keramat.

Katanya, hampir keseluruha­m atap koridor bangunan itu musnah manakala sebahagian­nya diterbangk­an angin kencang yang kemudianny­a menimpa wayar dan tiang elektrik.

Selain itu, dua buah kenderaan turut mengalami kerosakan termasuk cermin pecah dan kemek akibat terkena serpihan atau objek semasa tragedi malang itu.

Kejadian itu menyebabka­n berlaku percikan api dan kebakaran, namun ia dapat dikawal selepas anggota bomba tiba di tempat kejadian.

Menurtunya, kejadian air pasang dan angina kencang bersama ribut petir yang agak luar biasa itu turut menyebabka­n kejadian pokok tumbang berhampira­n stesen minyak Shell di Pekan Beluran serta sebatang tiang elektrik tumbang di Kampung Keramat dan membahayak­an penduduk.

Bagaimanap­un, beliau merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak SESB Beluran yang segera datang membantu selepas dimaklumka­n kejadian itu untuk mengawal dan memulihkan bekalan elektrik kepada penduduk terlibat.

Selain itu katanya, pihak anggota Bomba dan Penyelamat daerah Kinabatang­an turut terlibat memadam kebakaran yang berlaku pada tiang elektrik yang turut mengalami kerosakan akibat tumbang atau terkena serpihan objek yang diterbangk­an angin kencang.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kinabatang­an menghantar dua pegawai diketuai Pegawai Bomba (PB) Mohd Radif Barsim bersama tujuh orang pegawai bomba bantuan (PBB) selepas menerima panggilan pada 6.13 petang Khamis.

Anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian pada jam 7.09 malam mengambil masa hampir sejam untuk operasi memadam kebakaran yang berlaku melibatkan tiang elektrik dan tiada kemalangan atau kecederaan yang dilaporkan.

Dalam perkembang­an berkaitan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran mengesahka­n menerima laporan tentang kejadian bencana alam itu dan meminta setiap mangsa terbabit agar segera tampil membuat laporan polis berhubung tragedi itu.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 6.05 minit petang Khamis itu menyebabka­n 21 buah rumah melibatkan lebih 100 orang penduduk di dua perkampung­an itu mengalami pelbagai kerosakan.” KK DATU KUMIT DATU DAMRI Ketua Kampung Air Beluran

 ??  ?? DATU KUMIT
DATU KUMIT
 ??  ?? IPIN RAJAP
IPIN RAJAP
 ??  ?? ABDUL Rahman (tengah) bersama Samad Jamri (dua kanan) ketika meninjau salah sebuah rumah di Kampung Air yang mengalami kerosakan teruk akibat kejadian itu.
ABDUL Rahman (tengah) bersama Samad Jamri (dua kanan) ketika meninjau salah sebuah rumah di Kampung Air yang mengalami kerosakan teruk akibat kejadian itu.
 ??  ?? STRUKTUR koridor Restoran Legend Beluran mengalami kerosakan teruk diterbangk­an angin kencang dalam tragedi itu.
STRUKTUR koridor Restoran Legend Beluran mengalami kerosakan teruk diterbangk­an angin kencang dalam tragedi itu.
 ??  ?? TIANG elektrik tumbang di Kampung Keramat, Beluran akibat angin kencang.
TIANG elektrik tumbang di Kampung Keramat, Beluran akibat angin kencang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia