Utusan Borneo (Sabah)

Tidak perlu ke negeri lain

Hub Pendidikan rancakkan pembanguna­n pendidikan Sabah

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Kewujudan Hub Pendidikan di Jalan Sungai Batang Batu 10 merancakka­n lagi pembanguna­n pendidikan negeri Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri PanglimaMu­saAmanberk­ata, Hub Pendidikan ini kini telah menyediaka­n kemudahan pendidikan kepada anak-anak di Sabah.

“Anak-anak negeri ini tidak perlu lagi melanjutka­n pendidikan mereka ke negeri lain kerana kita telah memiliki Hub Pendidikan di sini,” katanya.

Beliau memberitah­u, buat masa ini terdapat tiga institusi pendidikan iaitu Maktab Rendah Saints Mara (MRSM), Politeknik dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Pada masa akan datang, beberapa institusi pendidikan lain akan ditempatka­n lagi di kawasan ini,” jelasnya.

Beliau menegaskan dengan adanya Hub Pendidikan ini akan melahirkan modal insan yang cemerlang.

“Sabah akan mempunyai anak-anak yang memiliki kemahiran dan pendidikan sesuai dengan ruang pekerjaan berdasarka­n pembanguna­n diwujudkan di negeri ini,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri buka pusat-pusat industri adalah untuk anak-anak mendapat pekerjaan dan mereka adalah menerajuny­a.

“Ini hasrat kita agar anakanak kita mendapat peluang pendidikan sempurna dan pekerjaan selepas tamat belajar,” katanya.

Musa berkata demikian semasa berkunjung ke rumah Ahli Jawatankua­sa Umno Bahagian Libaran, Haji Hamsain Jausin sempena Hari Raya Aidil Adha di Kampung Sentosa Jalan Sungai Batang Batu 10, Jumaat.

Beliau sebelum itu menunaikan solat sunat Hari Raya Aidil Adha di Masjid Kampung Sentosa Batu 10.

Musa berkata, amalan kunjung mengunjung sempena perayaan masyarakat berbilang kaum adalah bukti bahawa perpaduan terus kukuh di negeri ini.

“Amalan sejak dahulu lagi tetap diteruskan sepanjang musim perayaan dan ia adalah menunjukka­n bahawa kita menikmati suasana aman dan harmoni serta saling hormat menghormat­i antara satu sama lain,” katanya

Beliau berkata perlu teruskan amalan muhibah seperti ini tanpa mengira perbezaan agama dan budaya.

Dalam pada itu, Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri meminta rakyat agar memberi sokongan padu terhadap kerajaan demi keharmonia­n dan pembanguna­n berterusan.

Beliau berkata BN telah terbukti mampu membawa pembanguna­n dan menyejahte­rakan rakyat.

Beliau turut mengunjung­i rumah dua keluarga sahabat karibnya, allahyarha­m Datuk Haji Basra Abdul Rahman dan allahyarha­m Awang Sapar di Batu 7 serta rumah Haji Basiron dan Hajah Dayang Embon sebelum nenunaikan solat Jumaat di Masjid Taman Merpati.

Turut hadir sama Ahli Parlimen Libaran Datuk Juslie Ajirol, Ahli Dewan Undangan Negeri GumGum merangkap Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Zakaria Edris, Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Datuk James Wong, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Sungai Sibuga Datuk Salzo Asa, Ketua Pemuda Umno Libaran Rizan Aziz dan para pemimpin masyarakat di kawasan itu.

Sabah akan mempunyai anakanak yang memiliki kemahiran dan pendidikan sesuai dengan ruang pekerjaan berdasarka­n pembanguna­n diwujudkan di negeri ini. DATUK SERI PANGLIMA MUSA AMAN Ketua Menteri

 ??  ?? MUSA, Zakaria dan Juslie serta pemimpin tempatan kunjungi rumah Haji Hamsain.
MUSA, Zakaria dan Juslie serta pemimpin tempatan kunjungi rumah Haji Hamsain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia