Utusan Borneo (Sabah)

13 keping saman dikeluarka­n dalam operasi trafik

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Polis trafik di sini mengeluark­an sebanyak 13 keping saman sepanjang melancarka­n Ops Samseng Jalanan dan Ops Motosikal yang telah diadakan di beberapa lokasi sekitar daerah ini, pada malam ambang merdeka.

Pemangku Ketua Polis Lahad Datu ASP Md Fadzil Ali berkata, kesemua saman dikeluarka­n kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan lalu lintas yang dikesan termasuk tidak memiliki lesen memandu, ubahsuai ekzos dan lesen memandu tamat tempoh.

“Sepanjang operasi lebih enam jam bermula pukul 7 malam itu, pasukan penguatkua­saan juga telah melakukan pemeriksaa­n ke atas 43 buah kenderaan termasuk kenderaan berat dan ringan serta motosikal dan memeriksa 61 individu,” katanya.

Katanya, pihaknya juga telah merampas lima buah motosikal untuk pemeriksaa­n lanjut.

Sementara itu, operasi yang berakhir pada pukul 1.30 pagi itu tertumpu di enam lokasi iaitu kawasan Bandar Lahad Datu, Fajar Centre, I-Peak, Bandar Sri Perdana,Jalan Poic dan Jalan Segama.

Dalam perkembang­an lain, malam ambang merdeka itu turut menyaksika­n pegerakan konvoi melibatkan kirakira 60 buah motosikal, 30 kereta dan 30 buah motosikal yang turut disertai oleh Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat N.50 Merangkap Setiausaha Umno Bahagian Silam Ir Rajes Dato Hj Mohd Yusof dan Masitah Hj Amin Penolong Pergawai Daerah Bahagian Pentadbira­n Lahad Datu.

Katanya, pegerakan konvoi yang bermula dari Bandar Seri Perdana kemudianny­a menuju ke bulatan mahkamah dan seterusnya memasuki kawasan pusat bandar sebelum berpatah balik ke Jalan Pantai menuju ke Seri Perdana.

 ??  ?? ANGGOTA trafik sedang melakukan pemeriksaa­n ke atas beberapa buah motosikal pada malam ambang kemerdekaa­n.
ANGGOTA trafik sedang melakukan pemeriksaa­n ke atas beberapa buah motosikal pada malam ambang kemerdekaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia