Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat diajak jayakan Agenda Borneo

-

RANAU: Rakyat negeri ini diajak untuk menjayakan Agenda Borneo yang diperjuang­kan oleh parti politik tempatan dalam Gabungan Sabah (GS).

Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Datuk Seri Lajim Ukin berkata, Agenda Borneo yang diperjuang­kan oleh parti komponen dalam GS itu adalah untuk rakyat Sabah seterusnya generasi yang akan datang.

“Saya juga ingin mengajak semua rakyat di Sabah untuk bersama dalam satu pasukan bagi memastikan negeri ini terus membangun, maju, adil dan saksama dalam pelbagai perkara termasuk pentadbira­n kerajaan.

“Selain itu, saya juga yakin bahawa Sabah akan ditadbir oleh anak-anak negeri ini sendiri selepas Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) akan datang dan tidak akan mengikut telunjuk ‘orang luar’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan ‘Sabah Day’ di Pekan Kundasang di sini, pada Khamis

Hadir sama pada majlis itu Pengerusi GS Datuk Mohd Noor Mansur, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee dan Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) Datuk Mohd Arshad Abdul Mualap.

Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias berkata, rakyat Sabah juga perlu terus menghayati semangat perayaan ‘Sabah Day’ selain terus melangkah ke depan bagi mencipta kejayaan berganda kepada negeri ini.

“Rakyat Sabah terdiri daripada 31 suku kaum dan sudah pasti perpaduan di kalangan semua suku kaum sejak dahulu lagi berjaya meletakkan kita lebih layak untuk mendahului slogan 1 Sabah dan bukannya 1 Malaysia.

“Apa yang lebih utama, untuk kita berjaya, kita perlu ada perpaduan, bersatu dan berganding bahu demi kelangsung­an kejayaan Sabah,”katanya.

Sementara itu, Lajim berkata, sambutan ‘Sabah Day’ yang disambut sejak beberapa tahun lalu dilihat berjaya membangkit­kan semangat rakyat untuk memastikan Sabah terus merdeka, membangun dan maju.

“Tarikh keramat kemerdekaa­n Sabah adalah pada 31 Ogos 1963 dan tahun inilah Borneo Utara atau Sabah diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka dan bebas dari jajahan British, ini sendiri yang dinyatakan oleh Governor terakhir British di Sabah Sir William.

“Fakta penting kemerdekaa­n Sabah telah disembunyi­kan dari pengetahua­numumolehp­ihak yang tidak bertanggun­gjawab dan sejarah Malaysia gagal meletakkan sejarah Sabah dalam perspektif yang betul dan sering diputar belit untuk kepentinga­n satu pihak sahaja,” katanya.

 ??  ?? LAJIM
LAJIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia