Utusan Borneo (Sabah)

30 pengamal media terima anugerah

Perkhidmat­an Paling Lama sempena Ulang Tahun ke-25 KKJA

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Ketua Penyunting Utusan Borneo Lichong Angkui dan Ketua Pemberita Utusan Borneo John Tambanan tersenarai sebagai penerima Anugerah Perkhidmat­an Paling Lama (Long Service Awards) sempena sambutan Ulang Tahun ke-25 Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA), di sini pada Khamis.

buat julung-julung kalinya itu adalah sebagai penghargaa­n kepada pengamal media yang banyak menyumbang kepada industri kewartawan­an di negeri ini.

Kedua-dua mereka adalah antara 30 orang warwatan kanan dan penyunting yang berkhidmat lebih 25 tahun dalam bidang kewartawan­an.

Penganuger­ahan sempena Ulang Tahun Jubli Perak itu diberikan sebagai tanda menghargai ketabahan dan sumbangan pengamal media terhadap masyarakat dan pembaca.

Anugerah berkenaan turut disampaika­n kepada Hii Yuk Seng yang masih berkhidmat biarpun sudah berada 51 tahun dalam industri.

Dalam masa yang sama, KKJA juga memberikan anugerah kepada mendiang Lai Su Chon yang meninggal dunia pada 16 Mei 2016. Mendiang telah berkhidmat dalam bidang kewartawan­an ini untuk tempoh 51 tahun.

Pengerusi KKJA Yong Ted Phen berkata beliau berharap penganuger­ahan yang diberi itu akan memberi inspirasi kepada wartawan dan penyunting muda untuk memberi komitmen sepenuhnya terhadap kerjaya mereka dalam bidang ini.

Beliau berkata, sejak ditubuhkan 25 tahun lalu, KKJA sentiasa memainkan peranan dalam melindungi keperluan ahli dan mengekalka­n hubungan baik dengan kerajaan dan pemimpin masyarakat.

Jika diimbas kembali diawal penubuhan persatuan ini, KKJA berjaya ditubuhkan atas bantuan Tan Sri Lee Lam Thye yang membantu KKJA berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 1992, jelasnya.

Kemudian menyentuh tentang cabaran pengamal media dalam era digital ini, Yong menyaranka­n pengamal media bersedia menerima perubahan kerana masyarakat pada zaman sekarang sudah mula beralih kepada teknologi digital.

“Kita memasuki zaman media baharu yang mana maklumat mudah diterima melalui teknologi. Peralihan kepada media digital termasuk media sosial ini menyebabka­n media konvension­al perlu mengubah cara beroperasi.

“Media konvension­al sekarang perlu menguasai penggunaan teknologi. Penyampaik­an berita tergempar perlu dilakukan dengan lebih pantas kepada pembaca melalui media sosial dan laman portal.

“Sebagai wartawan, kita semua perlu sentiasa bersedia untuk sebarang perubahan yang berlaku terutama dalam penggunaan teknologi supaya kita boleh bertahan lama dalam industri ini,” katanya.

Beliau juga menyaranka­n pengamal media supaya sentiasa berpegang kepada prinsip ‘Ketepatan, Objektivit­i & Kesaksamaa­n’ ketika membuat laporan berita.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Menteri TugasTugas Khas Datuk Teo Chee Kang, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Edward Yong, Pengerusi sambutan Ulang Tahun ke-25 KKJA Jimmy Goh, Pengurus Operasi Kawasan Sabah KTS Trading Sdn Bhd Wong Kee Mee dan Pengerusi Institusi

Anugerah yang diberikan “

Sebagai wartawan, kita semua perlu sentiasa bersedia untuk sebarang perubahan yang berlaku terutama dalam penggunaan teknologi supaya kita boleh bertahan lama dalam industri ini ” YONG TED PHEN Pengerusi KKJA

 ??  ?? YONG bergambar bersama Penasihat-Penasihat Kehormat KKJA dan semua penerima Anugerah Perkhidmat­an Paling Lama.
YONG bergambar bersama Penasihat-Penasihat Kehormat KKJA dan semua penerima Anugerah Perkhidmat­an Paling Lama.
 ??  ?? LEE menyampaik­an anugerah kepada Ketua Pemberita The Borneo Post Ripin Mintow (dua kiri), turut kelihatan Yong (kanan) dan Jimmy (kiri).
LEE menyampaik­an anugerah kepada Ketua Pemberita The Borneo Post Ripin Mintow (dua kiri), turut kelihatan Yong (kanan) dan Jimmy (kiri).
 ??  ?? PENASIHAT Kehormat KKJA Tan Sri David Chu menyampaik­an anugerah kepada Ketua Penyunting The Borneo Post (dua kanan).
PENASIHAT Kehormat KKJA Tan Sri David Chu menyampaik­an anugerah kepada Ketua Penyunting The Borneo Post (dua kanan).
 ??  ?? PENASIHAT Kehormat KKJA Datuk Seri Panglima T.C Goh menyampaik­an anugerah kepada John (dua kanan), turut kelihatan Yong (kanan) dan Jimmy (kiri).
PENASIHAT Kehormat KKJA Datuk Seri Panglima T.C Goh menyampaik­an anugerah kepada John (dua kanan), turut kelihatan Yong (kanan) dan Jimmy (kiri).
 ??  ?? LEE menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Paling Lama kepada Lichong (dua kiri), sambil disaksikan oleh Yong (kanan) dan Jimmy (kiri).
LEE menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Paling Lama kepada Lichong (dua kiri), sambil disaksikan oleh Yong (kanan) dan Jimmy (kiri).
 ??  ?? TETAMU yang hadir turut mengibarka­n Jalur Gemilang dan bendera Sabah ketika persembaha­n nyanyian diperdenga­rkan
TETAMU yang hadir turut mengibarka­n Jalur Gemilang dan bendera Sabah ketika persembaha­n nyanyian diperdenga­rkan
 ??  ?? WONG ( kiri) menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada wartawan See Hua Daily.
WONG ( kiri) menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada wartawan See Hua Daily.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia