Utusan Borneo (Sabah)

Hari Raya Aidiladha disambut penuh sederhana

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Seperti tahun sebelumnya, umat Islam pasti menyambut Hari Raya Aidiladha dalam penuh kesederhan­aan namun tetap dilengkapi dengan rasa syukur serta semangat pengorbana­n.

Tinjauan Utusan Borneo juga mendapati umat Islam di negeri ini turut sama mengerjaka­n solat sunat hari raya secara berjemaah disusuli dengan ibadah korban seawal pagi.

Ibadah korban menjadi satu kelengkapa­n apabila menyambut Aidiladha setiap tahun yang akan dilaksanak­an secara gotong royong sama ada di peringkat masjid, kampung mahupun daerah.

Penulis berpeluang melihat sendiri suasana kemeriahan sambutan Aidiladha di Kampung Kobuni Inanam yang jelas menunjukka­n semangat kerjasama dalam kalangan penduduk di sana meski berbeza kaum dan agama.

Ketua Kampung Kobuni Osman Okun ketika ditemui Utusan Borneo berkata, aktiviti penyembeli­han binatangko­rbansudahm­enjadi acara tahunan di peringkat kampung mereka setibanya perayaan Aidiladha.

Katanya, daging korban kebiasanny­a disumbangk­an oleh pihak luar termasuk penduduk kampung sendiri yang berkemampu­an.

“Tahun ini, kami menerima sumbangan seekor lembu dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Sabah dan tiga lagi sumbangan dari penduduk kampung sendiri

“Kami amat bersyukur dan berterima kasih atas sumbangan yang diberikan dan sudah pasti pengagihan daging korban ini memberi manfaat sesama penduduk kampung khususnya golongan yang kurang berkemampu­an untuk merayakan Aidiladha, bersama-sama” katanya.

Sementara itu, Misinah Latiff, 52, merasakan perayaan Aidiladha bukan setakat diraikan oleh umat Islam, tetapi disambut bersamasam­a dengan masyarakat yang bukan beragama Islam.

Katanya, kegembiraa­n dalam meraikan perayaan Aidiladha seharusnya dikongsi bersama sepertiman­a sambutan perayaan lain yang diraikan di negeri ini.

“Sabah memiliki pelbagai kaum dan agama yang duduk sebumbung dan tidak salah kalau kita merayakan bersama- sama.

“Apa yang penting adalah kita terus menjaga pegangan akidahkita­agartidakt­erpesong dan menyambut raya korban yang bertujuan mensyukuri dan berkongsi nikmat yang tuhan berikan walau berbeza agama,” katanya.

Bagi Nordia Abdullah, 43, sambutan Aidiladha tahun ini cukup bermakna buat dirinya dan keluarga kerana dapat menyambut bersamasam­a penduduk kampung yang lain.

Nordia yang masuk agama Islam ketika usia 18 tahun itu berkata, kebiasaann­ya, program gotong royong menyembeli­h daging korban tidak semeriah dengan kehadiran tetamu khususnya pemimpin masyarakat.

“Saya seronok bila dapat mengetahui aktiviti menyembeli­h binatang korban turut disertai pelbagai pihak yang mana kehadiran mereka seterusnya memeriahka­n lagi majlis.

“Justeru, saya harapkan acara sebegini terus dijalankan oleh pemimpin kampung bersamapih­akberkepen­tingan agar suasana sambutan raya lebih meriah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Kampung Kobuni Aji Rumboton, 59, berkata, selain aktiviti penyembeli­han daging korban, pelbagai aktiviti lain turut diadakan sempena menyambut Aidiladha.

Katanya, ia bagi memeriahka­n sambutan perayaan Aidiladha yang semakin kurang mendapat sambutan disebabkan tempoh perayaan terhad yang tidak seperti sambutan Aidilfitri.

“Pelbagai aktiviti kita adakan melibatkan semua penduduk pelbagai lapisan peringkat umur seperti sukaneka, pertanding­an futsal dan banyak lagi.

“Aktiviti seperti ini sudah pasti memeriahka­n sambutan raya peringkat kampung tahun ini demi menyahut seruan kerajaan dalam memupuk dan mengekalka­n perpaduan sesama masyarakat,” katanya.

 ??  ?? AKTIVITI melapah daging korban.
AKTIVITI melapah daging korban.
 ??  ?? PENDUDUK kampung Kobuni Inanam bergotong royong melapah daging korban sebelum diagih-agihkan.
PENDUDUK kampung Kobuni Inanam bergotong royong melapah daging korban sebelum diagih-agihkan.
 ??  ?? AJI
AJI
 ??  ?? MISINAH
MISINAH
 ??  ?? NORDIA
NORDIA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia