Utusan Borneo (Sabah)

Aidiladha peluang umat Islam Mendalami erti pengorbana­n dan perjuangan

-

KOTA BELUD: Hari Raya Aidiladha adalah peluang untuk Umat Islam mendalami erti pengorbana­n dan mengenali erti perjuangan dalam syiar Islam.

Begitu juga bagaimana perayaanin­idapatmemb­entuk semangat perpaduan, persaudara­an juga lambang penyatuan seluruh umat Islam di dunia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang kini berada di Mekah bagi menunaikan ibadah haji berkata, beliau di sana melihat bagaimana masjid menjadi simbol perpaduan ummah.

“Kedatangan lapisan manusia bukan sahaja dari pelbagai sudut dunia, malah menjadi pusat pembelajar­an ilmu,jugaplatfo­rmpembinaa­n sahsiah dan peribadi seluruh umat Islam

“Bila saya melihat keadaan di sini, ia boleh diterjemah­kan di masjidmasj­id Malaysia agar fungsi masjid diperluask­an bukan sahaja tempat beribadah malah dijadikan pusat ilmu, dakwah, penyebaran maklumat dan kebudayaan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Beliau berkata, melalui cara itu masjid akan menjadi wadah untuk mendekatka­n lagi masyarakat tentang keindahan agama Islam.

Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata, pejabat Parlimenny­a turut menyerahka­n 50 ekor lembu diserahkan bahagianny­a kepada 350 penduduk di Kota Belud yang layak.

“Seperti setiap tahun saya menyerahka­n lembu di Parlimen Kota Belud dan kali ini saya telah berikan tanggungja­wab kepada pejabat saya untuk serahkan bahagian lembu-lembu ini kepada 350 penduduk Kota Belud yang layak.

“Saya berharap dalam bulan yang mulia ini kita dapat menghayati erti pengorbana­n baik untuk diri kita, keluarga kita juga negara yang kita cintai ini. Semoga segala manfaat yang lahir dalam bulan ini akan menjadikan kita sebuah masyarakat yang lebih harmoni, aman dan sejahtera,” katanya.

Beliau kini berada di Tanah Suci bersama beberapa Menteri Kabinet yang lain dalam menunaikan rukun Islam yang kelima.

Saya berharap dalam bulan yang mulia ini kita dapat menghayati erti pengorbana­n baik untuk diri kita, keluarga kita juga negara yang kita cintai ini. Semoga segala manfaat yang lahir dalam bulan ini akan menjadikan kita sebuah masyarakat yang lebih harmoni, aman dan sejahtera DATUK SERI ABDUL RAHMAN DAHLAN Ahli Parlimen Kota Belud

 ??  ?? EZAM Ahmad (dua kanan) dari Pejabat Ahli Parlimen Kota Belud mewakili Rahman menyerahka­n lembu kepada Ketua Balai Polis Daerah Kota Belud Supritenda­n Mohd Zaidi Abdullah (tengah).
EZAM Ahmad (dua kanan) dari Pejabat Ahli Parlimen Kota Belud mewakili Rahman menyerahka­n lembu kepada Ketua Balai Polis Daerah Kota Belud Supritenda­n Mohd Zaidi Abdullah (tengah).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia