Utusan Borneo (Sabah)

Yadim Sabah sumbang empat lembu korban

- SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Sabah sumbang empat ekor lembu untuk diagihkan setiap seekor kepada umat Islam di empat daerah terpilih iaitu Inanam, Tambunan, Telupid dan Ranau di sini pada Jumaat.

Pengarah Yadim Sabah Samin Ongki berkata, aktiviti penyembeli­han dan agihan daging korban sempena sambutan Aidiladha itu dilaksanak­an serentak di empat daerah yang terlibat.

“Saya yakin aktiviti ini dapat mengeratka­n hubungan silaturahi­mdanpemuaf­akatan masyarakat beragama Islam sepanjang menyambut perayaan Aidiladha bersamasam­a.

“Malah, program seperti ini dapat menarik penglibata­n masyarakat bukan beragama Islam untuk sama memeriahka­n sambutan raya bersesuaia­n dengan kepelbagai­an kaum dan agama yang ada di negeri ini,” katanya ketika ditemui pada Program Penyembeli­han Lembu Korban sempena Hari Raya Aidiladha di Masjid Al-Aqsa Kampung Kobuni Inanam.

Hadir sama ialah Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid sebagai tetamu kehormat pada program berkenaan.

Pada masa sama, Samin turut memuji kerjasama yang ditunjukka­n oleh penduduk kampung Kobuni yang saling bantu membantu menyempurn­akan ibadah korban.

Justeru katanya, program sedemikian akan terus dilaksanak­an pada tahun seterusnya dengan memilih daerah lain yang belum terpilih.

Sementara itu, Jainab mengingatk­an masyarakat supaya terus memupuk kerjasama dalam apa juga aktiviti yang dianjurkan kerajaan seiring dengan hasrat mewujudkan semangat 1 Malaysia.

Katanya, semangat sedemikian juga sekaligus mengekalka­n keharmonia­n dan keamanan negara yang sudah diwujudkan sejak dahulu lagi.

“Kalau kita lihat aktiviti penyembeli­handagingk­orban hari ini (kelmarin) melibatkan penduduk pelbagai lapisan peringkat umur.

“Semangat inilah yang kita perlu kekalkan sepanjang sambutan perayaan agar keharmonia­n dan perpaduan antara masyarakat terus disemai dalam diri masingmasi­ng,” katanya.Oleh

 ??  ?? JAINAB (tengah) menyampaik­an sumbangan berupa beras dan daging korban kepada Ketua Kampung Osman Okun. Majlis penyampaia­n disaksikan oleh Samin (kanan).
JAINAB (tengah) menyampaik­an sumbangan berupa beras dan daging korban kepada Ketua Kampung Osman Okun. Majlis penyampaia­n disaksikan oleh Samin (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia