Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan majukan sektor pelanconga­n

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Kerajaan negeri akan terus memajukan sektor pelanconga­n Sabah dengan kehadiran tiga juta pelancong sepanjang tahun lepas ke negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata, penglibata­n anak muda dalam memberikan idea bagaimana memajukan lagi sektor pelanconga­n negeri dan daerah masingmasi­ng yang sememangny­a kaya dengan keindahan dan kawasan pelanconga­n terbaik.

“Mengambil contoh usaha Persatuan Pelanconga­n Sandakan (STAN) yang diterajuia­nakmudatem­patanSanda­kan, dengan pelbagai idea menarik pelancong ke daerah ini seperti festival makanan dan perancanga­n yang lain, ia sekaligus mempromosi Sandakan sebagai pusat pelanconga­n yang kaya flora dan fauna, makanan laut, alam yang indah dan konservasi­nya,” katanya.

Beliau berkata, usaha anak muda yang disokong pemimpin setempat dalam kawasan Elopura dan pelbagai pihak lagi sekaligus membawa satu perkembang­an yang baik kepada sektor pelanconga­n.

Musa berkata demikian ketika berucap merasmikan Festival Makanan Sandakan anjuran STAN dan rakan kerjasama yang lain di kawasan letak kereta terbuka SM Yu Yuan Sandakan, pada malam Khamis.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kerajaan Negeri dan Perumahan Sabah Datuk Zakaria Edris, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura Datuk Au Kam Wah, Adun Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman, Adun Sekong Datuk Samsudin Yahya, Pengerusi STAN Johnny Lim, Pengerusi Penganjur, Anton Ngui dan pemimpin setempat.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemanjanga­n landasan Lapangan Terbang Sandakan yang diumumkan PerdanaMen­teriDatukS­eriNajibRa­zak pada lawatan beliau di Sandakan pada Mac lepas, juga kelulusan serta-merta atas permintaan komuniti pelanconga­n di sini juga akan memajukan lagi sektor pelanconga­n di sini dan kawasan sekitar.

“Kerajaan juga komited membangun rakyat dari masa ke masa dengan pelbagai usaha pembanguna­n dan begitu juga Sabah yang luas dan banyak peruntukka­n disalurkan,” katanya.

Terdahulu, Johnny Lim merakam penghargaa­n kepada semua terlibat menjayakan festival makanan itu termasuk pihak Kementeria­n Pelanconga­n Sabah dan Lembaga Pelanconga­n Sabah.

Pada hari kedua penganjura­nnya katanya, seramai tujuh ribu pengunjung telah mengunjung­i festival julung itu dan ia juga di luar jangkaan.

Berkenaan STAN, sejak ditubuhkan lebih tiga tahun lalu Johnny berkata, banyak lagi usaha akan dilaksana dalam mempromosi Sandakan yang mempunyai kawasan sejarah, alam, flaura dan fauna serta pusat konservasi termasuk pemulihara­an orang utan dan beruang madu.

 ??  ?? MUSA diiringi Au dan Johnny semasa melawat gerai pada festival berkenaan.
MUSA diiringi Au dan Johnny semasa melawat gerai pada festival berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia