Utusan Borneo (Sabah)

Keberadaan Yingluck masih misteri seminggu selepas hilangkan diri

-

BANGKOK: Seminggu sudah berlalu sejak bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra menghilang­kan diri secara tibatiba dan kerajaan Thailand belum dapat merungkai misteri mengenai keberadaan­nya.

Kerajaan termasuk polis dan angkatan tentera masih berusaha untuk mencari jawapan tentang bagaimana beliau dapat melarikan diri dari negara itu.

“Kami masih tidak tahu dengan tepat keberadaan Yingluck,”menurut Timbalan Perdana Menteri Jen Prawit Wongsuwan, yang juga Menteri Pertahanan merangkap menteri bertanggun­gjawab bagi polis kepada media tempatan baru-baru ini ketika siasatan untuk menjejajak­i Yingluck rancak berjalan.

Perdana Menteri wanita pertama Thailand itu sepatutnya hadir di mahkamah Jumaat lalu untuk mendengar keputusan terhadapny­a berhubung tuduhan melakukan kecuaian dalam subsidi beras yang jika sabit kesalahan, Yingluck boleh dipenjarak­an sehingga sepuluh tahun.

Ketidakhad­iran beliau di mahkamah mencetuska­n spekulasi oleh media bahawa beliau telah lari meninggalk­an negara itu seperti mengikut jejak abangnya, Thaksin kira-kira sebilan tahun lalu pada 2008 dan kini tinggal dalam buangan.

Sejak Yingluck tidak hadir di mahkamah tujuh hari lalu, media di Thailand tidak henti-henti membuat spekulasi dan teori mengenai keberadaan­nya.

Spekulasi yang paling hangat ialah Yingluck kini berada di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersama-sama abangnya yang mempunyai sebuah rumah di kota Timur Tengah itu.

Spekulasi lain memetik sumbersumb­er tertinggi di kalangan dalam partinya, Pheu Thai yang mendakwa bahawa bekas perdana menteri itu merancang untuk memohon perlindung­an di United Kingdom.

PerdanaMen­teriJenPra­yutChano-cha yang melahirkan rasa terkejut terhadap peristiwa yang menyusul berhubung kehilangan­nya telah mengarahka­n pasukan keselamata­n untuk memulakan siasatan untuk mengenal pasti bagaimana beliau dapat melarikan diri dari negara itu.

“Saya sangka beliau akan menunjukka­n keberanian untuk hadir di mahkamah,” kata beliau ketika beberapa kumpulan dan aktivis politik di Thailand meningkatk­an kritikan ke atas kerajaan kerana gagal menghalang Yingluck daripada melarikan diri.

Kumpulan dan aktivis mahu tindakan tegas diambil jika didapati Yingluck dapat melarikan diri akibat kecuaian para pegawai tertinggi keselamata­n.

Timbalan Ketua Polis Nasional Jen Srivara Rangsibrah­manakul yang diamanahka­n menjalanka­n siasatan mengenai kehilangan Yingluck berkata, polis meminta kerjasama daripada enam negara termasuk Kemboja, Singapura dan UAE dalam siasatan.

PhnomPenhm­enyatakanb­ahawa Yingluck tidak menyeberan­g masuk ke sempadanny­a.

Polis Thailand juga telah meminta bantuan daripada Interpol untuk menjejaki bekas perdana menteri itu.

“Polis telah menubuhkan satu pasukan untuk mengesanny­a dan agensi-agensi berkaitan juga telah memantau dengan rapi pergerakan di sekitar kawasan sempadan. Para pegawai telah diarah mengemukak­an laporan setiap lima hari,” kata Srivara.

Sementara itu, Panglima Tentera Darat Thailand, Jen Chalermcha­i Sittisart memberitah­u media rancangan Yingluck untuk melarikan diri telah dirancang terlebih dahulu apabila beliaui meninggalk­an semua telefon dan menukar kereta supaya sukar untuk menjejakin­ya menggunaka­n cara sama seperti dilakukan dahulu.”Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia