Utusan Borneo (Sabah)

Polis Sarawak komited bersihkan Miri daripada judi siber

-

MIRI: Polis Sarawak berazam membersihk­an Bandar Raya Miri daripada aktiviti judi siber, yang kini semakin berleluasa, walaupun serbuan terus dilakukan di seluruh negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata DSP Lee Swee Sake yang mula menyandang jawatan ketua CID Miri bulan lepas, ditugaskan mengetuai gerakan itu.

“Kini terdapat pengusaha degil yang mengendali­kan pusat perjudian secara rahsia, terutama di Bandar Raya Miri,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.

Lee, 38, bekas pegawai sekretaria­t CID Bukit Aman, dilantik sebagai Ketua CID Miri menggantik­an ASP Soliment Nyian pada 25 Ogos.

Memiliki ijazah Sarjana Sains Jenayah daripada Lee menyertai pasukan polis sejak 12 tahun lepas dan pernah bertugas di beberapa tempat termasuk Johor dan Kedah.

Mengenai judi tanpa permit di Sarawak, Dev berkata polis memberkas 215 orang, menyerbu 74 pusat judi siber, empat sarang judi biasa dan gelanggang sabung ayam antara 1 dan 31 Ogos tahun ini.

“Daripada 215 suspek yang ditahan, termasuk 12 warga asing berusia 15 hingga 65 tahun, 158 adalah lelaki,” katanya.

Menurut beliau, polis merampas RM22,444 melalui 74 serbuan yang dilakukan terhadap pusat judi empat nombor ekor tanpa lesen serta 108 komputer dan RM3,672 daripada pusat judi siber.

Sementara itu, beliau berkata, semua pusat hiburan keluarga yang mengendali­kan mesin judi slot dan ikan di Sarawak, telah ditutup.

“Langkah membantera­s judi haram di Sarawak dilakukan secara berterusan,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia