Utusan Borneo (Sabah)

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh untuk penoreh dibuka

-

PUTRAJAYA: Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh boleh dibuat mulai Jumaat, kata Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong.

Dalam kenyataan di sini pada Jumaat, beliau berkata bantuan kewangan ini bertujuan memastikan kebajikan pekebun kecil getah dan penoreh terpelihar­a pada musim tengkujuh melalui peruntukan sebanyak RM261 juta yang disediakan kerajaan persekutua­n.

Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumka­n bantuan kewangan RM200 sebulan selama tiga bulan dari November 2017 hingga Januari 2018 akan diberi kepada 440,000 pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara berikutan musim tengkujuh.

“Bantuan Musim Tengkujuh ini adalah satu-satunya langkah seumpamany­a yang diperkenal­kan bagi meringanka­n beban kewangan yang dipikul pekebun kecil getah dan penoreh apabila punca pendapatan utama bulanan mereka terjejas teruk oleh hujan lebat dalam tempoh tiga bulan berkenaan,” katanya.

Mah berkata kementeria­n beliau, melalui agensi pelaksanan­ya, Lembaga Getah Malaysia (LGM), komited untuk memastikan pelaksanaa­n skim bantuan itu berjalan lancar, terutama melalui prosedur permohonan secara mudah dan mesra pemohon yang digunakan.

Menurut Mah, beliau menghadiri sesi taklimat khas dengan pegawai pelaksana untuk mengalami sendiri proses pendaftara­n secara manual dan dalam talian di Menara Getah, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Perrmohona­n bantuan itu boleh dibuat melalui

dan pekebun kecil getah serta penoreh juga boleh berkunjung ke mana-mana pejabat LGM untuk mendapatka­n borang permohonan.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia