Utusan Borneo (Sabah)

Pusat Internet 1Malaysia bantu usahawan promosi produk

-

KUALA NERANG (Kedah): Internet semakin menjadi bahagian penting dalam kehidupan hari ini, namun bukan semua dapat menikmati kemudahan teknologi maklumat ini terutamany­a mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

Menyedari hakikat ini, kerajaan kini memperheba­tkan usaha untuk menyediaka­n capaian internet jalur lebar di seluruh negara, antaranya dengan pembukaan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M).

Inisiatif yang dilaksanak­an melalui Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia ini (MCMC) dilihat sebagai perkembang­an positif ke arah membawa angin pembaharua­n kepada masyarakat setempat.

MCMC baru-baru ini membawa sekumpulan wakil media untuk program ‘Lawatan Media; Menarik di Padang Terap’ untuk melihat sendiri bagaimana PI1M ini menjadi kemudahan utama bagi masyarakat setempat.

Kami difahamkan kebanyakan penduduk Padang Terap, daerah ketiga terbesar di Kedah Darul Aman itu tidak mempunyai komputer dan penggunaan Internet boleh dikatakan masih di tahap rendah.

Ketika penulis berada di Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kampung Tanjung, terletak 3.5 km dari Padang Terap, seorang lelaki berusia pertengaha­n umur datang ke pusat itu selepas solat Jumaat.

PI1M Kampung Tanjung itu adalah salah satu daripada sembilan PI1M di kawasan Padang Terap.

Apabila diitanya tujuannya datang ke pusat itu, lelaki itu sekadar menjawab mahu menonton video di Internet.

Bayaran untuk menjadi ahli PI1M ialah RM5 seumur hidup. Untuk penggunaan internet pula, caj yang digunakan untuk ahli dewasa ialah RM1 sejam, bukan ahli, RM2 sejam sementara bagi warga emas dan pelajar, percuma. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia