Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 700 rakyat Malaysia di Jakarta sambut Aidiladha di kedutaan

-

JAKARTA: Lebih 700 rakyat Malaysia pada Jumaat menyambut Hari Raya Aidiladha dengan meriah dan semangat gotong-royong di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia di sini.

Sambutan hari raya itu dimulakan dengan solat sunat Aidiladha di dalam kompleks kedutaan besar dan diimamkan oleh Atase Agama Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Abang Zainal Abidin Abang Ariffin.

Selepas mendengar khutbah hari raya, Duta Besar Malaysia diIndonesi­aDatukSeri­Zahrain Mohamed Hashim dan isteri, Datin Seri Che Mahani Ismail bersama-sama rakyat Malaysia menjamu selera dengan kuihmuih dan juadah masakan Malaysia.

Mereka kemudianny­a beramai-ramai bergotongr­oyong melapah daging korban empat ekor lembu dan 14 ekor kambing untuk diagihagih­kan kepada fakir miskin di Jakarta serta untuk masakan bagi jamuan tengah hari.

Zahrain ketika ditemui berkata pada tahun ini, jumlah rakyat Malaysia yang menyambut Aidiladha di kedutaan bertambah berbanding tahun sebelumnya kerana ramai pelajar Malaysia di Indonesia dapat melibatkan diri.

Selain itu, ramai juga rakyat Malaysia yang tidak pulang ke kampung dan datang ke kedutaan bagi merasakan suasana hari raya seperti di negara sendiri.

Seorang pelajar Sarjana Usuluddin tahun dua dari Universiti Islam Negeri Sunan Gunung Djati, Bandung Abdul Rauf Rimi berkata lebih 100 pelajar terlibat dalam gotongroyo­ng memasak dan melapah daging korban.

“Kita telah diberi tunjuk ajar oleh orang yang berpengala­man dan saya sangat gembira kerana diberi peluang menyertai majlis gotong-royong seperti ini kerana terasa seolah-olah berada di kampung halaman,” katanya yang berasal dari Sabah.

Katanya, para pelajar juga gembira kerana dapat berhimpun sesama rakyat Malaysia dan menikmati hidangan istimewa masakan Malaysia setelah tidak dapat bersama keluarga di hari raya.

Sementara itu sambutan Aidiladha di Jakarta berlangsun­g dengan meriah apabila ramai orang yang berpusu-pusu di masjidmasj­id di sini untuk mengambil daging korban.

Presiden Joko Widodo yang menyambut hari raya itu bersama ribuan rakyat di Sukabumi, Jawa Barat dan menyerahka­n lembu korbannya di Masjid Agung Kota Sukabumi manakala Naib Presiden Jusuf Kalla pula menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Istiqlal di sini. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia