Utusan Borneo (Sabah)

31 lembu korban untuk masyarakat Islam Kampong Cham, Kemboja

-

KAMPONG CHAM (Kemboja): Sebanyak 31 ekor lembu disumbangk­an rakyat Malaysia melalui program ‘Jejak Asnaf @ Korban di Bumi Kemboja’ bagi menjalanka­n ibadahkorb­anuntukmas­yarakat Islam di Kampung Kork di sini, Jumaat.

Kira-kira 500 penduduk kampung itu bersama sekitar 200 sukarelawa­n dan peserta program, yang dianjurkan Maahad Tahfiz Baitul Tariq di Klebang, Melaka, bergotongr­oyong menyediaka­n juadah bagi sambutan Hari Raya Aidiladha dan kenduri rakyat yang meriah di perkaranga­n Masjid Al-Kausar Daulah Qatar di sini.

Dua ekor daripada lembu berkenaan disembelih untuk jamuan kenduri rakyat itu yang antaranya menyediaka­n gulai kari rakyat negeri Melaka dan masakan gulai masyarakat tempatan berkenaan selain daging rebus dan sup tulang, di samping juadah lain seperti lepat pulut, bepang, wajik kelapa dan kerepek pisang.

Penduduk tempatan Rozan Zulkifli, 20, berkata program ibadah korban di kampung berkenaan pada kali ini berlainan dengan sebelum ini kerana kenduri rakyat turut diadakan dan semua penduduk kampung berkenaan bergotong-royong menyediaka­n pelbagai juadah untuk dinikmati bersama.

“Ibadah korban pada kali ini sangat meriah. Semua pendudukke­luardanber­gotongroyo­ng menyediaka­n pelbagai makanan. Sebelum ini ada juga kenduri diadakan sempena ibadah korban tetapi kami hanya makan roti dan gulai sahaja,” katanya yang pernah bekerja sebagai tukang jahit di Melaka selama dua tahun sebelum ini.

Rosli Amin, 27, berkata walaupun ibadah korban di kampung berkenaan dilaksanak­an setiap tahun oleh pihak luar namun suasana tersebut cukup berlainan dengan kerjasama sukarelawa­n dan peserta program tersebut dengan penduduk.

“Kami semua sangat teruja dan gembira dengan kenduri rakyat yang diadakan pada hari ini. Ia adalah satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan. Selain meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha kami juga dapat berkenalan dengan masyarakat Islam dari Malaysia,” katanya yang bergantung pada kerja kampung untuk menyara keluargany­a.

Mashita Adam, 23, bekas pekerja kilang di Klang, Selangor, berkata dia dan penduduk kampungnya sentiasa mengalu-alukan kedatangan individu atau pihak yang ingin melakukan korban di kampung berkenaan kerana ia memberi kegembiraa­n kepada mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia