Utusan Borneo (Sabah)

Lakar sejarah penuh patriotik

Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Kg. Tudan Baru meriah

-

Oleh JOHAN AZIZ P

ERAYAAN Hari Kebangsaan peringkat Kampung (Kg.) Tudan Baru pada Khamis disambut oleh masyarakat kampung begitu meriah dan penuh semangat patriotik sekali dengan kibaran Jalur Gemilang, jelajah berbasikal selain perarakan dan perbarisan yang turut disertai oleh kanak-kanak hinggalah kepada warga emas.

Lebih 1,000 orang penduduk kampung ini telah bersama-sama dengan para pemimpin untuk merayakan Hari Kebangsaan yang penuh bersejarah ini.

Perayaan ini dianjurkan oleh Komuniti 1 Malaysia, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), Badan Masjid, Hal Ehwal Wanita dan Persatuan Belia Kampung Tudan Baru di mana telah menarik ramai penyertaan terdiri golongan warga tua, dewasa, belia dan kanak-kanak.

Dengan kibaran Jalur Gemilang dan bendera Sabah selain laungan ‘Merdeka’ yang turut diiringi dengan lagu-lagu patrotik, kemeriahan itu jelas terserlah sekali.

Penganjura­n perayaan ini telah bermula pada 30 Ogos dengan pelbagai pertanding­an yang diadakan antaranya acara sukan untuk semua peringkat umur sehinggala­h ke kemuncakny­a, perarakan dan perbarisan Hari Kebangsaan.

Acara dimulakan dengan jelajah berbasikal oleh Kelab Basikal Tudan Baru (TBCC), diikuti dengan menaikkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah dengan iringan lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku, perarakan para kontinjen yang terdiri Blok Amanah, Bestari, Ceria dan Dinamik.

Ini diikuti dengan perbarisan di padang kampung itu oleh keempatemp­at kontinjen yang bergerak dengan penuh bersemanga­t.

Majlis itu telah dirasmikan oleh Ketua Penerangan Umno Keningau Azman Haji Ruslan yang antara lainnya mengingatk­an kepada generasi muda agar sentiasa mengingati pengorbana­n ibubapa yang menjadikan mereka seorang insan yang berjaya hari ini.

Katanya, pengorbana­n ibubapa yang memberikan pendidikan kepada anakanak adalah atas keinsafan betapa pentingnya kejayaan anak-anak kepada diri mereka.

“Dalam perkara ini, sebagai anak perlu sentiasa mengingati penat jerih ibubapa yang terpaksa mengorbank­an segala hasil usaha dan harta yang diperolehi mereka demi untuk melihat anak-anak mereka berjaya terutama sekali dalam bidang pendidikan.

“Bagi seorang ibubapa, pendidikan adalah amat penting kepada anak-anak mereka agar anak-anak dapat menabur khidmat bakti dan berjasa kepada keluarga, bangsa dan negara,” katanya.

Azman juga turut mengingatk­an anak-anak muda agar tidak lupa perjuangan oleh pejuangpej­uang dan pemimpinpe­mimpin terdahulu yang berjuang demi untuk kemerdekaa­n negara dan negeri ini.

Pada masa sama, beliau juga meminta agar rakyat bersyukur di atas keamanan dan keharmonia­n yang dinikmati pada hari ini hasil daripada perjuangan pemimpinpe­mimpin yang terdahulu dan kini.

Pada majlis itu, Azman bersama-sama dengan pemimpin masyarakat dan seluruh penduduk kampung itu telah menyambut ketibaan lima wira-wira dari TBCC yang telah menjelajah dengan berbasikal sejauh 350 kilometer selama empat hari bermula pada 28 Ogos dan menamatkan penjelajah­an pada Khamis di kampung ini.

Mereka adalah terdiri lima orang ahli TBCC termasuk seorang Medic yang diketuai oleh Aziz Chin Mohd Abdullah, Fazil Lasmin, Safri Sairin, Sharum Abi, Mohd Zulfikar Jukilin dan Muhammad Azizi Sidie (Medic).

Mereka dilepaskan di Pejabat Daerah Keningau pada 28 Ogos, meneruskan perjalanan melalui jalan Kimanis dan Telipok dan pada hari kedua meneruskan perjalanan dari TelipokTam­paruli ke Kundasang.

Hari ketiga KundasangR­anau dan Tambunan dan pada hari keempat bertolak dari Tambunan

dan tiba di Kampung Tudan Baru Keningau tepat jam 11.45 pagi.

Hadir sama pada majlis itu Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Liawan Sahanip Jamil, Pegawai Tadbir Jheains Sook Haslee Sairin, Ketua Kampung Haji Sadi Radi, Ketua Kampung Bangau Abi Batinggal, Pengerusi JKKK Sarimin Musiman, Pengerusi Badan Masjid Sabdin Haji Sarudin, Pengerusi Komuniti 1 Malaysia Haji Wasrin Sumir, Pengerusi Hal Ehwal Wanita Rosliza Hamyassin dan Pengerusi Persatuan Belia Kampung Tudan Baru Morhaidie Mokhtar.

 ??  ?? AHLI TBCC yang turut menyambut ketibaan dan bergambar bersama rombongan jelajah berbasikal selepas sahaja majlis sambutan itu.
AHLI TBCC yang turut menyambut ketibaan dan bergambar bersama rombongan jelajah berbasikal selepas sahaja majlis sambutan itu.
 ??  ?? PARA kontinjen yang mengambil bahagian dalam upacara perbarisan itu.
merayakan Hari Kebangsaan peringkat Kampung Tudan Baru.
PERARAKAN oleh kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian dalam perbarisan Hari Kebangsaan.
PARA kontinjen yang mengambil bahagian dalam upacara perbarisan itu. merayakan Hari Kebangsaan peringkat Kampung Tudan Baru. PERARAKAN oleh kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian dalam perbarisan Hari Kebangsaan.
 ??  ??
 ??  ?? AZMAN bersama pemimpin masyarakat, ahli TBCC bergambar bersama-sama dengan lima wira yang berjaya menamatkan jelajah berbasikal selepas sambutan itu.
AZMAN bersama pemimpin masyarakat, ahli TBCC bergambar bersama-sama dengan lima wira yang berjaya menamatkan jelajah berbasikal selepas sambutan itu.
 ??  ?? AZMAN (dua kiri) melaungkan ‘Merdeka’ sambil mengangkat tangan seorang warga emas Puan Diah Barih, 76 . Turut kelihatan Sahanip (kiri).
AZMAN (dua kiri) melaungkan ‘Merdeka’ sambil mengangkat tangan seorang warga emas Puan Diah Barih, 76 . Turut kelihatan Sahanip (kiri).
 ??  ?? PARA remaja dan ibu-ibu juga turut berbangga menyambut sambutan itu.
PARA remaja dan ibu-ibu juga turut berbangga menyambut sambutan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia