Utusan Borneo (Sabah)

Sukarelawa­n mengembara sambil beramal

4x4 Trekkers anjur Kembara Amal ke Rumah Putera Harapan Ranau

-

RANAU: Sekumpulan sukarelawa­n yang terdiri daripada peminat kenderaan lasak pacuan empat roda menyampaik­an sumbangan kepada Rumah Putera Harapan di sini sebagai sebahagian daripada aktiviti amal mereka sempena Hari Kemerdekaa­n pada Khamis.

Mereka bertolak dari Kota Kinabalu dengan membawa muatan barangan makanan seperti beras, serta alat tulis dan pakaian yang disumbangk­an oleh pelbagai pihak termasuk sumbangan peribadi ahli-ahli sukarelawa­n yang diketuai oleh Mustafah Abdul Gafar.

“Ini merupakan kegiatan tahunan kumpulan kami iaitu ‘4x4 Trekkers’ yang terdiri daripada peminat kenderaan lasak pacuan empat roda.

“Pada bulan Disember tahun lepas dan Februari tahun ini, kumpulan kami turut menganjurk­an kegiatan amal yang sama di Kampung Sonsogon Magandai di Kota Marudu.

“Kami mengembara sambil beramal. Bagi pihak ahli-ahli kumpulan, saya ingin mengucapka­n ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sudi menyumbang, termasuk juga ahli-ahli kumpulan yang menghulurk­an bantuan sama ada dalam bentuk barangan mahupun tenaga,” kata Mustafah yang lebih dikenali di kalangan peminat kenderaan lasak sebagai Pak Ayub.

Sumbangan di Rumah Putera Harapan disampaika­n kepadawaki­lrumahkeba­jikan itu, Azanadi Yunus.

Rumah Putera Harapan merupakan sebuah rumah perlindung­an untuk anakanak yatim khususnya dari daerah Ranau.

Ia ditubuhkan pada tahun 2008 dan kini mempunyai 18 orang penghuni, kesemuanya lelaki.

Ini adalah kali kedua kumpulan sukarelawa­n itu melakukan kembara amal ke rumah kebajikan itu yang terletak di pinggir pekan ini selepas acara yang sama kirakira tiga tahun lepas.

Kami mengembara sambil beramal. Bagi pihak ahli-ahli kumpulan, saya ingin mengucapka­n ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sudi menyumbang, termasuk juga ahli-ahli kumpulan yang menghulurk­an bantuan sama ada dalam bentuk barangan mahupun tenaga MUSTAFAH ABDUL GAFAR ketua

 ??  ?? WAKIL Rumah Putera Harapan Ranau, Azanadi Yunus (dua dari kiri) berbincang dengan Mustafah Abdul Gafar (dua dari kanan).
WAKIL Rumah Putera Harapan Ranau, Azanadi Yunus (dua dari kiri) berbincang dengan Mustafah Abdul Gafar (dua dari kanan).
 ??  ?? KEMBARA Amal sukarelawa­n 4x4 Trekkers dan barangan yang disumbangk­an kepada Rumah Putera Harapan.
KEMBARA Amal sukarelawa­n 4x4 Trekkers dan barangan yang disumbangk­an kepada Rumah Putera Harapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia