Utusan Borneo (Sabah)

KRT Taman Merpati adakan Program Sayang Komuniti

-

SANDAKAN: Program Sayangi Komuniti Ekspresi Perpaduan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Merpati anjuran Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) Daerah Sandakan dengan kerjasamaK­RTTaman Merpati mendapat sambutan yang menggalakk­an.

Pegawai Perpaduan Daerah Tawau Jamri Giau berkata, antara objektif program itu ialah menyediaka­n ruang, peluang serta suasana yang merangsang pemimpin agensi kerajaan dan masyarakat saling berinterak­si secara terus melalui program dan aktiviti yang dianjurkan;

Ia juga diadakan bagi memberi kesedaran kepada semua lapisan masyarakat akan pentingnya peranan KRT dan agensi kerajaan dalam membantu serta menangani masalah sosial kumpulan sasar di kawasan KRT terutama para remaja dan belia.

Selain itu, ia juga menanam dan memupuk semangat perpaduan, berpasukan dan juga bekerjasam­a dalam satu komuniti yang berbilang bangsa dan agama.

Ia juga bagi mengukuhka­n nilai-nilai agama, kekeluarga­an dan kejiranan.

Program itu dirasmikan Ahli Parlimen Libaran Datuk Juslie Ajirol.

Antara pengisiann­ya ialah segmen Bual Bicara Bersama Agensi Kerajaan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (Jheains), Tayangan Slide Program SayangiKom­unitiKRTTa­man Merpati, Deklamasi sajak perpaduan dan persembaha­n tarian silang budaya oleh Jiran Muda dan persembaha­n Koir Kemerdekaa­n Tunas Jiran.

Antara tetamu kehormat dalam majlis itu ialah Pakar Hubungan Etnik Malaysia Datuk Danesan, wakil Ibu Pejabat JPNIN Putrajaya Habibah Jaafar, Ketua Unit PMK JPNIN Sabah Susan Anak Benet,Pengerusi KRT Taman Merpati Mohd Yusuf Magaribi, Pengerusip­engerusi KRT dan wakil PDRM, AADK dan Jheains.

 ??  ?? JAMBRI menyampaik­an cenderamat­a kepada Datuk Juslie.
JAMBRI menyampaik­an cenderamat­a kepada Datuk Juslie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia