Utusan Borneo (Sabah)

JPNIN Sandakan, KRT Taman Merpati adakan Bengkel Tahap 2

-

SANDAKAN: Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) daerah dengan kerjasama KRT Taman Merpati, berjaya menganjurk­an Bengkel Tahap 2 Program Sayangi Komuniti yang mendapat sambutan menggalakk­an.

Pegawai Perpaduan Daerah Sandakan Jambri Giau berkata, antara objektif program itu ialah memberi pengetahua­n kepada peserta mengenai langkah-langkah bagi meningkatk­an impak dan keberkesan­an bengkel dengan melaksanak­an pengurusan dan pentadbira­n yang baik, jaringan yang jitu dan mengupayak­an pemimpin tempatan mengenai cara mengatasi isu yang telah dikenalpas­ti.

Ia juga bagi menerapkan amalan kerja secara kerjasama NBOS dengan melibatkan agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dalam program ini.

Selain itu, ia bertujuan untuk meningkatk­an motivasi berkerja dalam kalangan para peserta dan menerapkan budaya kerja secara berpasukan dengan prinsip-prinsip kerjasama, bertanggun­gjawab dan saling membantu antara satu dengan yang lain.

Program itu juga diadakan bagi mengeratka­n siatulrahi­m dan semangat perpaduan dalam kalangan para peserta dengan melibatkan kepelbagai­an kaum dan agama serta adat resam.

Antara pengisian program ialah sesi bengkel, lawatan tapak dan penyeliaan ke sekitar KRT, sesi interaksi, temubual dalam kalangan peserta, pembentang­an profail PSK KRT Taman Merpati, Latihan Dalam Kumpulan dan Pembentang­an Hasil Kerja Kumpulan.

Antara tetamu kehormat dalam majlis itu ialah Pakar Hubungan Etnik Malaysia Datuk Danesan, wakil Ibu Pejabat JPNIN Putrajaya Habibah Jaafar, Ketua Unit PMK JPNIN Sabah Susan Anak Benet, Pengerusi KRT Taman Merpati Mohd Yusuf Magaribi dan Pengerusip­engerusi KRT.

 ??  ??
 ??  ?? PESERTA yang hadir dalam majls bengkel tahap 2.
PESERTA yang hadir dalam majls bengkel tahap 2.
 ??  ?? PESERTA dalam sesi latihan dalam kumpulan.
PESERTA dalam sesi latihan dalam kumpulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia