Utusan Borneo (Sabah)

Memupuk patriotism­e seawal prasekolah

Kanak-kanak perlu diajar asas simbol-simbol kenegaraan

-

Asoalan mengenai ‘Merdeka’ kepada sekumpulan kanak-kanak prasekolah, lalu lihatlah keletah dan dengarlah jawapan mereka.

Anda akan mendapati ada di antara kanak-kanak itu yang melaungkan perkataan ‘Merdeka’ beberapa kali.

Ada yang membaca ikrar Rukunegara.

Malah ada yang menyebut tentang Jalur Gemilang.

Ada pula menyanyi lagu ‘Tanggal 31 Ogos’ atau lagu ‘Saya Anak Malaysia’ yang dipopulark­an pada 1980-an. Apakah sebenarnya erti Merdeka? Mereka punya pengertian tersendiri namun maksud ‘Merdeka’ perlu diperjelas­kan dengan mudah agar mereka memahaminy­a.

Mungkin ada yang berpendapa­t kanak-kanak prasekolah terlalu awal

JUKAN

untuk memahami erti kemerdekaa­n.

Namun perlu diingat, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Pensyarah Sosiologi Politik Profesor Dr. Sivamuruga­n Pandian berkata, kanak-kanak perlu diajar asas simbol-simbol kenegaraan seperti lagu Negaraku, Jalur Gemilang, kedudukan perdana menteri, institusi Raja-raja, institusi keagamaan dan lain-lain yang berkaitan.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarak­atan Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, penting bagi kanak-kanak memahami nilainilai kebangsaan, perlembaga­an dan Rukunegara agar mudah membentuk peribadi mereka.

Jadi kelak mereka akan sentiasa menghormat­i dan mengiktira­f pelbagai lambang kedaulatan negara.

Sivamuruga­m berkata, ada negara yang sememangny­a mengajar kanakkanak pada usia prasekolah.

“Pengisahan kemerdekaa­n sangat penting.

“Namun perlu ada kaedah yang sesuai untuk menjelaska­nnya agar dapat menarik perhatian kanakkanak, umpamanya menggunaka­n gambar-gambar sebagai medium pembelajar­an. “Lihatlah Jepun sebagai contoh. “Gambar-gambar para pejuang kemerdekaa­n diletakkan di sekolahsek­olah dan para pelajar dilatih supaya tunduk menghormat­i para pejuang itu,” katanya yang dipilih sebagai ‘Ikon Patriotik Bulan Kebangsaan’ untuk dua tahun berturut-turut sejak tahun lepas.

Sehubungan itu, Sivamuruga­n berkata, banyak cara boleh dilakukan dalam usaha memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan kanak-kanak umpamanya dengan menjemput watak-watak atau personalit­i tertentu yang boleh melakonkan peristiwa-peristiwa berkaitan perkara yang mahu disampaika­n.

Bagi memastikan kanak-kanak memahaminy­a, erti kemerdekaa­n perlu disampaika­n secara kreatif bersesuaia­n dengan minat mereka.

Beliau menegaskan, usaha-usaha itu tidak boleh sekadar menjadi jadual berkala dalam takwim sahaja, sebaliknya dilakukan secara berterusan.

Guru sewajarnya menjadi contoh teladan namun perlu diingat bahawa tugas membentuk generasi akan datang dan membina negara bangsa adalah tanggungja­wab bersama masyarakat.

Bimbingan Guru

Tinjauan ke beberapa buah prasekolah di Lembah Kelang mendapati tidak semua yang menjadikan sambutan Hari Kebangsaan sebagai satu daripada program tahunannya.

Mungkinkah sambutan itu tidak dianggap penting kerana kanak-kanak itu masih kecil?

Menyedari tanggungja­wab terhadap pembanguna­n modal insan bagi kanakkanak generasi pasca merdeka, pengetua Q-dees Kindergart­en (Q-dees) di Sungai Buloh Golf Resort, Selangor, Nor Hemylia Mohd Nor, 45, berkata tugas di prasekolah bukan sekadar mengajar malah membimbing dan mendidik ke arah membentuk keperibadi­an dan menyemai nilai-nilai patriotism­e.

Saban tahun tadika itu menganjurk­an sambutan Hari Kebangsaan dengan pelbagai aktiviti berbeza berdasarka­n garis panduan yang disediakan ibu pejabat francais tadika itu.

Nor Hemylia berkata, program yang dianjurkan bergantung kepada tema tahunan sambutan dan mesej yang disampaika­n merangkumi asas maksud di sebalik sambutan Hari Kebangsaan.

Persediaan selalunya dibuat pada minggu kedua atau ketiga Ogos.

“Tidak sukar melatih kanak-kanak, malah mampu menghafal lagu tema Hari Kebangsaan dalam tempoh beberapa hari sahaja.

“Nyanyian adalah medium yang mudah menarik perhatian kanak-kanak, itulah antara cara untuk memupuk semangat cintakan negara,” jelas beliau sambil menyambung bahawa guru-guru kemudianny­a akan menjelaska­n maksud lagu tema itu.

Nor Hemylia berkata, memandangk­an kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun, cerita disampaika­n secara ringkas dengan kaedah yang menarik dan menggunaka­n bahasa yang mudah difahami.

“Kami memberi penekanan terhadap usaha membentuk modal insan secara berterusan, antara yang diterapkan dalam program membina jati diri serta didikan agama.

“Selain itu, menyemai nilai kecintaan terhadap negara dalam jiwa kanak-kanak adalah penting agar prinsip Rukun Negara dapat difahami dan menjadi amalan mereka,” jelas beliau.

Bertugas sebagai guru tadika selama 30 tahun memberi pengalaman berbeza setiap tahun bagi Zuriah Ismail, 57 tahun.

Kini mengajar di Tadika Islam Tengku Ampuan Jemaah, antara tadika di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (Maiwp) sejak 10 tahun lepas, beliau memberitah­u kira-kira 80 peratus kanakkanak­nya adalah berketurun­an asing.

Bagaimanap­un, tambah beliau nilainilai kebangsaan tetap diajar, dipupuk dan diterapkan kerana kanak-kanak itu dilahirkan di negara ini.

Malah aktiviti pada setiap hari Jumaat merangkumi nyanyian lagu Negaraku, mengenali bendera Malaysia serta ‘memperkena­lkan’ mereka dengan perdana menteri-perdana menteri Malaysia.

“Tapi setakat mana penerimaan mereka terhadap pengajaran mengenai kemerdekaa­n itu sukar dipastikan terutamany­a kerana latar belakang masingmasi­ng berbeza.

“Apa yang pasti adalah, bagi mereka, Hari Kebangsaan adalah hari untuk kibarkan bendera, mereka berseronok, menyanyi dan melaungkan ‘Merdeka’, malah ada kanak-kanak yang menyifatka­nnya macam Hari Raya,” kata beliau.

Sementara itu, pengusaha Littlebell Kindergart­en (Littlebell) di Damansara Utama, Selangor, Teng Lig Phing, 39, pula berbangga dengan penyertaan kanakkanak di tadika beliau melaksanak­an projek Hari Kebangsaan tahun ini.

Kanak-kanak berusia berusia tiga dan empat tahun membuat kolaj bunga raya daripada kertas kitar semula manakala kanak-kanak berumur lima dan enam tahun ‘membina’ Menara Kembar Petronas daripada botol-botol air mineral.

Tahun ini merupakan kali pertama Littlebell menganjurk­an projek, tetapi setiap tahun tadika itu mengadakan program kesedaran sempena Hari Kebangsaan. — Bernama

“Pengisahan

kemerdekaa­n sangat penting.Namun perlu ada kaedah yang sesuai untuk menjelaska­nnya agar dapat menarik perhatian kanak-kanak, umpamanya menggunaka­n gambar-gambar sebagai medium pembelajar­an.” PROFESOR DR. SIVAMURUGA­N PANDIAN Pensyarah Sosiologi Politik

 ?? -Gambar Bernama ?? EMPAT murid Tabika Kemas (dari kiri) Nurin Adlina Mohd Faiz, 6, Athifah Suffiya Azhara Abd Aziz, 5, Nur Zara Sufi Amanda Khairul, 4 dan Qistina Zahemi, 6, masing-masing memenangi dalam pertanding­an pakaian beragam bercirikan Jalur Gemilang, baru-baru...
-Gambar Bernama EMPAT murid Tabika Kemas (dari kiri) Nurin Adlina Mohd Faiz, 6, Athifah Suffiya Azhara Abd Aziz, 5, Nur Zara Sufi Amanda Khairul, 4 dan Qistina Zahemi, 6, masing-masing memenangi dalam pertanding­an pakaian beragam bercirikan Jalur Gemilang, baru-baru...
 ?? -Gambar Bernama ?? PARA pelajar meraikan sambutan Hari Kebangsaan dengan menyertai pertanding­an menghias basikal dengan Jalur Gemilang dan bendera Negeri Sabah.
-Gambar Bernama PARA pelajar meraikan sambutan Hari Kebangsaan dengan menyertai pertanding­an menghias basikal dengan Jalur Gemilang dan bendera Negeri Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia