Utusan Borneo (Sabah)

MESEJ, nikmat kemerdekaa­n yang amat bererti bagi warga luar bandar Sabah

-

“JIKA

diberi kebenaran untuk berjumpa dengan Perdana Menteri Malaysia untuk menyampaik­an ucapan terima kasih, saya adalah orangnya dan saya mahu menjadi orang pertama untuk berbuat demikian,” demikian luahan Alyosius Marupin, yang begitu bersyukur dengan perubahan hidup yang dialaminya bersama keluarga.

Alyosius, 37, ayah kepada empat anak, sebenarnya ialah seorang daripada ribuan peserta projek Mini Estet Sejahtera (MESEJ) Banang Keningau Fasa 1, satu projek membasmi kemiskinan dalam kalangan golongan miskin tegar di kawasan luar bandar yang dilaksanak­an kerajaan negeri Sabah.

Bagi Alyosius, yang kini memperoleh pendapatan antara RM2,000 hingga RM3,000 sebulan, program MESEJ ini umpama satu nikmat kemerdekaa­n untuk rakyat sepertinya serta program pengisian kemerdekaa­n yang diperkenal­kan kerajaan dalam suasana negara aman dan makmur.

“Kami diberikan sebuah rumah di sini.

“Selain itu, anak kami dihantar pergi dan balik dari sekolah dengan kenderaan yang disediakan oleh kerajaan,” kata Aloysius yang tidak dapat menahan emosinya kepada Bernama.

Aloysius yang berasal dari Kampung Bunga Raya, Keningau berkata, kehidupann­ya sebelum ini sangat daif.

Bukan sahaja bersandark­an pendapatan RM300 untuk menyara semua anaknya yang masih bersekolah, malah tinggal di rumah peninggala­n keluarga yang terlalu usang serta tidak mempunyai apaapa kemudahan asas seperti bekalan air atau elektrik.

“Tetapi kini kehidupan kami sekeluarga telah jauh berubah dan semua ini adalah hasil daripada jasa dan keperihati­nan kerajaan hari ini,” katanya yang benar-benar bersyukur dengan bantuan yang diberikan kerajaan Barisan Nasional.

Projek MESEJ dilaksanak­an kerajaan negeri Sabah melalui Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar Sabah (KPLB) dengan kerjasama agensiagen­si kerajaan negeri.

Kini Sabah giat melaksanak­an 52 MESSEJ di seluruh negeri yang merangkumi 34 MESEJ Pertanian, MESEJ Mikro (9), MESEJ Akuakultur (6) dan MESEJ Bersepadu (3).

Apabila kesemua MESEJ di seluruh Sabah termasuk MESEJ Bunang di Keningau, MESEJ Mangkalias dan Kelanyaan di Tenom serta MESEJ Ulu Patian dan Ungga di daerah kecil Kemabong, siap sepenuhnya ia akan memberi manfaat kepada lebih 2,500 Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT).

Rajin Berusaha

Jinikah Ikang, 55, seorang lagi peserta MESEJ Banang yang turut meluahkan kesyukuran­nya kepada kerajaan berkata, situasinya pada ketika ini umpama ‘semut jatuh di lautan gula’.

“(Kami di sini ada) rumah, air, surau, kenderaan dan duit, kami cukup mewah di sini, cuma harus kerja mengikut jadual yang telah diatur,” jelasnya.

Ibu tunggal kepada 11 orang anak itu berkata, program MESEJ yang diatur sebegitu rupa oleh kerajaan sangat berkesan untuk mengubah nasib rakyat termiskin seperti beliau.

Katanya, disebabkan kemiskinan yang membelengg­u keluargany­a sebelum ini, sembilan daripada 11 anaknya itu tidak dapat bersekolah.

“Saya sungguh sedih dengan kisah ini, namun program MESEJ telah mengubah kehidupan saya apabila berjaya menyekolah­kan dua anak selepas setahun berada di sini,” katanya.

Begitupun, kata Jinikah, nasib peserta juga tidak akan berubah jika peserta itu sendiri tidak bersedia untuk mengubah nasibnya sendiri dan perkara itu berlaku kepada segelintir peserta yang masih dibelenggu budaya lama dan akhirnya kembali ke kampung halaman asal untuk meneruskan kehidupan seperti sedia kala.

“Kita perlu rajin di sini dan mematuhi arahan kerja seperti yang telah disediakan oleh pengurusan,” katanya.

Bagi Hasimin Salih, 52, seorang ibu tunggal, beliau berkata ketika negara ini mencapai kemerdekaa­n pada tahun 1957, umurnya baru 11 tahun dan kehidupan keluargany­a begitu miskin dengan pendapatan ibu bapanya untuk menyara keluarga ketika itu diperoleh hasil daripada kerja menoreh getah.

Selepas beliau berumah tangga dan dikurniaka­n empat anak, suaminya pula meninggal dunia dan keadaan itu memaksanya bertindak sebagai ketua rumah yang terpaksa bertungkus lumus menyediaka­n segala-galanya yang diperlukan keluarga.

Hasimin berkata, beliau tidak mampu bekerja seperti arwah suaminya dan akhirnya mengambil keputusan kembali kepada orang tuanya untuk meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal yang bersandark­an ehsan untuk membesarka­n anaknya.

Namun kata Hasimin, hanya selepas terpilih sebagai peserta MESEJ di Bunang Keningau, kehidupan beliau berubah secara berperingk­at dan kini tidak lagi mengeluh mengenai hal kewangan.

“Saya memperoleh pendapatan bulanan kira-kira RM900 sebulan dan jumlah itu cukup besar bagi seorang ibu tunggal seperti saya,” katanya.

Katanya, peluang untuk menambah pendapatan sebagai peserta MESEJ di situ tidak terhad kerana pihak pengurusan membenarka­n mereka untuk bercucuk tanam dengan tanamantan­aman kontan seperti sayursayur­an untuk mendapatka­n pendapatan tambahan.

Hasimin berkata, peserta program di situ mampu meraih pendapatan yang lebih jika mereka bersikap positif dan kreatif untuk menghasilk­an sesuatu yang boleh ditukar menjadi wang di atas tanah yang disediakan oleh kerajaan.

“Kami dibenarkan berbudi kepada tanah seluas-luasnya di sini,” tambahnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia