Utusan Borneo (Sabah)

80,000 ahli pengakap bakal berkampung

Sabah tuan rumah Sambutan Hari Pengakap Sedunia 2018

- Oleh JAINUDIN NASIR

Inilah antara jadual yang telah dipersetuj­ui bersama dalam satu mesyuarat peringkat Borneo baru baru ini di mana, para pemimpin serta ahli pengakap peringkat dari akar digalakkan menyertai program program yang telah dirancang. DATUK DR. AWANG ZAINI SUNTIM Timbalan Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Negara

D

IANGGARKAN lebih 80,000 ahli pengakap pelbagai peringkat, tauliah dan pangkat mengambil peluang bersama ribuan pengakap yang lain seluruh negara akan berkampung pada majlis Sambutan Hari Pengakap Sedunia di Sabah selaku tuan rumah pada tahun depan (2018).

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Negara yang juga Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Negeri Sabah Datuk Dr. Awang Zaini Suntim berkata, cadangan Sabah sebagai tuan rumah pengelola sambutan Hari Pengakap Sedunia telah dipersetuj­ui dalam satu mesyuarat peringkat kebangsaan baru baru ini.

Sehubungan itu, penghormat­an itu harus dimanfaatk­an oleh ahli pengakap di Sabah, terutama para pemimpin, penolong pemimpin dan para ahli pengakap seluruh negeri ini.

Menurutnya, negeri Sabah juga diberi penghormat­an sebagai tuan rumah pengelola Jembori Pengakap Peringkat Negara Malaysia pada tahun 2021 sebelum menjadi tuan rumah pengelola Jembori Pengakap peringkat Borneo melibatkan peserta dari Sarawak, Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Sabah pada tahun 2020.

“Inilah antara jadual yang telah dipersetuj­ui bersama dalam satu mesyuarat peringkat Borneo baru baru ini di mana, para pemimpin serta ahli pengakap peringkat dari akar digalakkan menyertai program program yang telah dirancang,” jelas Dr. Awang ketika berucap menangguhk­an Kursus Manik Kayu 3A & 3B peringkat Pantai Barat Utara (PBU) di SMK Kundasang, Ranau baru baru ini.

Menurut beliau, jumlah ahli pengakap di Sabah kini mencecah 89,000 orang dan dijangka jumlah itu bertambah dari masa ke semasa atas kesedaran orang ramai terutama para pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi dan guru guru betapa pentingnya menyertai serta bergerak aktif dalam persatuan pengakap antara persatuan yang diiktiraf kerajaan dan termaktub dalam bilangan 784 Akta Parlimen yang menyedari Persatuan Pengakap sebagai gedung mengeluark­an produk yang berkualiti tinggi.

Pengakap katanya, bukanlah satu pertubuhan atau persatuan NGO, sebaliknya ia satu persatuan di bawah pentadbira­n dan diseliaaan kerajaan bagi menyatukan masyarakat antarabang­sa.

“Saya mengharapk­an kepada mana mana pemimpin atau ahli pengakap agar tidak mengaitkan dan menerapkan unsur atau pengaruh politik dalam pentadbira­n serta kepimpinan pengakap, kerana itu bukan bidang kegiatan berpengaka­p,” tegas Dr. Awang yang berpengala­man berpengaka­p peringkat antarabang­sa, sebelum dilantik sebagai Pesuruhjay­a Pengakap Negeri Sabah.

Katanya, pengakap Sabah adalah antara yang terbaik di negara ini, manakala persatuan pengakap seluruh dunia kini mencecah 189 buah negara.

Beliau menyeru kepada semua Pesuruhjay­a, Penolong Pesuruhjay­a Pengakap, pemimpin pengakap daerah di Sabah, supaya memperting­katkan kerjasama dan mengelakka­n banyak bercakap, tetapi bekerja kurang, kerana budaya sedemikian amat merugikan ahli dan tidak menarik perhatian kepada mereka bakal untuk menganggot­ai persatuan.

“Kita juga amat mengharapa­kan gerakan berpersatu­an pengakap ini dipertingk­atan lagi keahlian di semua peringkat sama ada di peringkat sekolah menengah atau sekolah rendah dan desa,” jelasnya.

Katanya, mulai tahun depan (2018) semua urusan pendaftara­n akan menggunaka­n sistem ‘E.Pendaftara­n’ (Online) dari semua daerah dan sekolah.

Dalam pada itu katanya, satu Kursus Protokol dan Erika Pengakap peringkat negeri Sabah akan diadakan di Rumah Persekutua­n Pengakap Negeri Sabah pada 27-30 September depan melibatkan peserta dari Sarawak, Brunei Darussalam dan Sabah selaku ruan rumah.

Katanya, kursus melibatkan 22 orang peserta dari beberapa daerah di Sabah yang dijadikan landasan kepada peserta menjadi seorang pemimpin pengakap berkualiti serta berketramp­ilan diri yang tinggi.

Beliau memuji keprihatin­an serta kerjasama padu di kalangan jawatankua­sa pelaksana kerana berjaya mengelola kursus dengan lancar serta teratur.

“Harapan kita bersama kepada semua peserta agar mengaplika­sikan segala ilmu pengetahua­n dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus itu untuk mencapai kecemerlan­gan bidang peranan dalam berpengaka­p sepanjang hayat,” tambahnya.

 ??  ??
 ??  ?? PARA peserta kursus, Pesuruhjay­a, Penolong Pesuruhjay­a dan jurulatih marakam gambar kenangan bersama Dr. Awang.
PARA peserta kursus, Pesuruhjay­a, Penolong Pesuruhjay­a dan jurulatih marakam gambar kenangan bersama Dr. Awang.
 ??  ?? ANTARA penerima watikah penghargaa­n disampaika­n Dr. Awang (kanan) diperhatik­an para kenaman yang lain.
ANTARA penerima watikah penghargaa­n disampaika­n Dr. Awang (kanan) diperhatik­an para kenaman yang lain.
 ??  ?? DR.Awang ketika berucap merasmikan penutupan kursus.
DR.Awang ketika berucap merasmikan penutupan kursus.
 ??  ?? SALAH seorang peserta wanita menerima watikah penghargaa­n.
SALAH seorang peserta wanita menerima watikah penghargaa­n.
 ??  ?? KAPLIN (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr. Awang.
KAPLIN (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr. Awang.
 ??  ?? LAFAZ Ikrar/Kesetiaan Pengakap oleh para hadirin.
LAFAZ Ikrar/Kesetiaan Pengakap oleh para hadirin.
 ??  ?? MIRZA ketika berucap mewakili peserta.
MIRZA ketika berucap mewakili peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia