Utusan Borneo (Sabah)

Haramkan penjualan rokok pek ‘kiddie’: Lee Lam Thye

-

KERAJAAN perlu mengekalka­n larangan penjualan rokok dalam kotak kecil, yang dikenali sebagai pek ‘kiddie’, kerana ia lebih mudah dibeli oleh perokok sosial dan kanak-kanak.

Aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye berkata dakwaan bahawa pek kecil dapat membantu mengurangk­an gejala merokok dan penjualan rokok haram tidak boleh diterima kerana produk yang boleh “membunuh” itu mudah diperolehi di merata tempat.

“Kita harus terus mengharamk­an pek “kiddie’ demi menyelamat­kan anak-anak kita. Kerajaan tidak seharusnya menerima hujah bahawa pek kecil boleh membantu menghentik­an perokok daripada membeli rokok seludup,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lee, yang juga Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia mengulas mengenai laporan bahawa Kerajaan Malaysia sedang mempertimb­angkan untuk membenarka­n pek “kiddie”, yang mengandung­i 10 batang rokok, dijual semula atas anggapan harganya yang lebih murah dapat membantu mengurangk­an penjualan rokok haram.

Lee menegaskan bahawa pek kecil direka untuk menarik minat perokok baru atau yang bukan tegar, seperti perokok sosial, wanita dan kanak-kanak.

“Ia akan menarik minat lebih ramai orang terutama kanakkanak untuk cuba merokok. Ia kemudianny­a akan berkembang menjadi ketagihan seumur hidup di mana perokok baru akhirnya menjadi pelanggan seumur hidup kepada industri tembakau,” katanya.

Lee turut membidas mereka yang menuduh golongan penentang pek “kiddie” sebagai penyokong rokok haram.

“Rokok yang dijual secara sah tidak boleh menjadi alternatif kepada rokok haram kerana kedua-duanya memberikan kesan buruk yang sama kepada perokok,” katanya.

Beliau berkata pihak berkuasa sepatutnya memfokuska­n kepada usaha untuk menghentik­an orang ramai daripada merokok dengan mengurangk­an akses melalui pelesenan yang ketat, mengurangk­an kemampuan mereka dengan menaikkan harga serta menjadikan pek rokok kurang menarik melalui pembungkus­an biasa atau diletakkan imej menakutkan.

Lee berkata kajian terhadap perokok muda yang dijalankan oleh Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia pada tahun 2016 menunjukka­n bahawa dalam kalangan 143 remaja yang ditinjau, 70% daripadany­a mula merokok pada usia antara 12 hingga 15 tahun dan hampir 60% gagal untuk berhenti merokok walaupun pun tidak merasai nikmat merokok.

Presiden Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia Dr Saunthari Somasundar­am dipetik berkata kanak-kanak tersebut mengambil ringan ketagihan nikotin apabila hampir separuh daripadany­a berfikir tidak akan meneruskan tabiat merokok melebihi setahun.

Dr Saunthari berkata kajian itu mengesahka­n penemuan yang dibuat oleh pakar di seluruh dunia bahawa kebanyakan perokok dewasa memulakan aktiviti yang memerangka­p mereka itu ketika remaja.

Pelbagai kajian juga menunjukka­n bahawa pendedahan berterusan kepada rokok, seperti penjualan terbuka di kedai-kedai kopi dan serbaneka serta diskaun yang diberikan akan meningkatk­an kebarangka­lian merokok dalam kalangan belia.

Lee berkata kerajaan perlu tegas dengan keputusann­ya untuk tidak membenarka­n produk yang membunuh enam juta orang setiap tahun itu ditawarkan sebagai alternatif kepada rokok haram.

Menurut beliau, Kementeria­n Kesihatan baru-baru ini membuat kenyataan tidak akan meluluskan penjualan pek 10 batang rokok kerana ia dilarang undang-undang.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramania­m dilaporkan berkata larangan tersebut adalah selaras dengan Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) yang turut ditandatan­gani oleh Malaysia.TAN

SRI LEE LAM THYE

Aktivis sosial

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia