Utusan Borneo (Sabah)

Dua juta jemaah haji berhimpun di Gunung Arafah kelmarin

-

GUNUNG ARAFAH: Dengan tangan yang ditadah ke langit, kira-kira dua juta Muslim berhimpun kelmarin di Gunung Arafah, Arab Saudi, untuk kemuncak ibadah haji, salah satu perhimpuna­n tahunan terbesar di dunia.

Dengan suhu yang mencecah 40 darjah Celsius di bawah matahari gurun, jemaah mendaki bukit itu ke timur Mekah di mana Muslim percaya Nabi Muhammad menyampaik­an khutbah terakhir baginda kira-kira 14 abad lalu.

Mereka berhimpun untuk berdoa di Jabal al-Rahma, atau Gunung Rahmat, pada hari kedua ibadah haji – ibadah selama lima hari yang semua orang Muslim mesti laksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka jika mereka mampu dari segi fizikal dan kewangan.

Nada dan Fida, dua adik beradik dari Syria, berkata mereka memanjatka­n doa untuk negara mereka, di mana lebih 330,000 orang sudah terkorban dan jutaan lagi hidup dalam pelarian sejak perang saudara meletus di sana pada 2011.

“Saya mahu Syria kembali kepada keadaannya dahulu,” kata Nada, 52.

“Dan agar belia kami pulang ke tanah air,” tambah adiknya yang berusia 47 tahun.

Pada waktu senja, laut jemaah haji yang berpakaian serba putih menuruni bukit dan bergerak di Muzdalifa untuk bermalam.

Semalam, mereka bergerak ke Mina sebelum subuh bagi acara simbolik ‘melontar syaitan dengan batu’.

Ibadah haji pada tahun ini menyaksika­n kepulangan jemaah haji dari negara musuh utama Arab Saudi, Iran, ekoran perbalahan diplomatik dan rempuhan berdarah pada 2015.

Namun ribuan yang biasanya melakukan perjalanan dari negara jiran Qatar tidak ada selain beberapa puluh jemaah disebabkan oleh krisis diplomatik yang menggegark­an rantau Teluk.

“Saya datang ke sini semalam dan berdoa, mengambil gambar dan menelefon keluarga dan rakan saya,” kata Maolana Yahia, 32, yang tiba dari Indonesia.

Ibu tiga anak dari Tunisia Fatima Arfawi berkata dia begitu terharu ketika berdoa di Gunung Arafah.

“Ini adalah kali pertama saya menyaksika­n perkara seperti ini dalam hidup saya,” katanya. “Hari ini saya khususnya berdoa untuk tiga anak saya dan keluarga saya.”

Di sebuah hospital di seberang gunung berkenaan, sebuah kawasan disediakan khas untuk orang yang mengalami penyahhidr­atan atau keletihan panas.

Persatuan Bulan Sabit Merah Arab Saudi berkata ia mengerahka­n 326 ambulans di sepanjang laluan haji untuk menangani kecemasan kesihatan.

“Ada jemaah contohnya lupa untuk melindungi kepala mereka dengan payung ketika mereka bersembahy­ang,” kata Bandar al-Harthi, seorang jururawat di hospital di depan Gunung Arafah.

Semalam, hari pertama Hari Raya Aidiladha, semua tumpuan diberikan kepada Jambatan Jamarat di Mina, di mana ibadah melontar batu diadakan.

Ia merupakan lokasi bagi rempuhan pada 2015 yang meragut nyawa hampir 2,300 jemaah haji, bencana terburuk dalam sejarah ibadah haji.

Tehran melaporkan jumlah mangsa terbanyak dalam kejadian itu, dengan 464 warga Iran di kalangan mereka yang terkorban.

Pihak berkuasa Iran berkata lebih 86,000 jemaah haji dari Iran mengambil bahagian pada tahun ini, masing-masing dilengkapi gelang pengenalan bagi kemungkina­n berlakunya sebarang kemalangan. — AFP

 ??  ?? PANDANGAN udara menunjukka­n jemaah haji berhimpun di Gunung Arafah, Arab Saudi, untuk kemuncak ibadah haji kelmarin. — Gambar AFP
PANDANGAN udara menunjukka­n jemaah haji berhimpun di Gunung Arafah, Arab Saudi, untuk kemuncak ibadah haji kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia