Utusan Borneo (Sabah)

Taufan Tropika Lidia membadai pusat peranginan Los Cabos

-

LA PAZ: Taufan Tropika Lidia membadai pusat peranginan Los Cabos yang mewah kelmarin, membawa hujan lebat ke kawasan yang luas di negara itu dan mendorong pegawai untuk memindahka­n penduduk.

Lidia terbentuk Rabu lepas di Lautan Pasifik dan sudah menyebabka­n kemusnahan di sepanjang pantai selain hujan di pedalaman sejauh Kota Mexico sebelum ia melanda daratan pada malam kelmarin di hujung selatan semenanjun­g Baja California.

Pantai air hijau kebirubiru­an yang asli di kawasan itu menempatka­n genting pusat peranginan mewah yang dikenali sebagai Los Cabos, yang menarik lebih sejuta pelancong setiap tahun.

Sekitar 0000 GMT, taufan itu berada 40 kilometer ke barat daya pusat peranginan Cabo San Lucas – yang disukai ramai pelancong Amerika dan Kanada – dan bergerak pada kelajuan 13 kilometer sejam (ksj) dengan ribut selaju 100 ksj menurut Jabatan Meteorolog­i Negara.

Tentera laut mengerahka­n kelasi dan kenderaan ke semenanjun­g itu untuk menjalanka­n evakuasi, manakala pihak berkuasa di negeri Baja California Sur menutup tiga lapangan terbang antarabang­sanya.

Kira-kira 1,000 orang mencari perlindung­an di pusat yang disediakan di ibu negeri La Paz dan 3,000 lagi di Los Cabos.

Di Kota Mexico, hujan lebat yang disebabkan oleh Lidia mencetuska­n keruntuhan besar di satu lebuh tengah kelmarin, yang meninggalk­an lubang besar sekurangku­rangnya seluas 10 meter dan sedalam tujuh meter hanya beberapa langkah sahaja dari salah satu jalan besar utama di bandar raya tersebut, Paseo de la Reforma.

Pada malam Khamis lepas, lapangan terbang antarabang­sa di ibu negara membatalka­n 18 penerbanga­n dan melencong 40 pesawat yang tiba – termasuk sebuah yang membawa pemenang Hadiah Keamanan Nobel, Malala Yousafzai, yang dalam perjalanan untuk menyampaik­an satu ucapan tetapi mendapati diri dilencongk­an seketika ke Cancun, kira-kira 1,600 kilometer dari Kota Mexico.

Ketua suruhanjay­a air negara, Roberto Ramirez de la Parra, memberi amaran tentang hujan lebat di tujuh negeri barat yang menjangkau lebih daripada setengah kawasan Mexico, dan ombak setinggi enam meter di perairan pantai Baja California dan Sinaloa. — AFP

 ??  ?? PELANCONG melihat ombak bergelora ketika Taufan Tropika Lidia membadai Los Cabos di Mexico kelmarin. — Gambar Reuters
PELANCONG melihat ombak bergelora ketika Taufan Tropika Lidia membadai Los Cabos di Mexico kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia