Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 100,000 hilang tempat tinggal akibat banjir di Nigeria

-

LAGOS: Lebih 100,000 terpaksa meninggalk­an kediaman mereka setelah hujan lebat dan banjir berlaku di negeri Benue, tenggara Nigeria, kata Presiden Muhammadu Buhari lewat kelmarin.

“Saya dengan begitu bimbang menerima laporan tentang banjir di Negeri Benue, yang menurut anggaran awal, memaksa lebih 100,000 meninggalk­an kediaman mereka,” tulisnya dalam Twitter.

Helen Teghtegh, ketua sebuah badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, Community Links and Human Empowermen­t Initiative, berkata wilayah itu telah dibadai oleh hujan lebat sejak dua minggu lalu dan paras Sungai Benue semakin naik.

Ramai penduduk di ibu negeri Makurdi sudah meninggalk­an kediaman mereka sejak Rabu lepas, tambahnya, ketika melancarka­n rayuan bagi derma.

“Kami masih berusaha untuk mendapatka­n data tepat, kami tidak tahu jumlah mangsa, tetapi kami akan mengadakan mesyuarat esok dengan kumpulan tempatan dan badan kecemasan, supaya kita lebih tahu lagi,” katanya.

Gambar Makurdi yang ditenggela­mi air mula menular dalam media sosial kelmarin, yang menunjukka­n kereta dan ribuan rumah ditenggela­mi air sepenuhnya.

Gambar lain menunjukka­n lelaki dan wanita membawa tilam, beg dan harta milik lain ketika mereka meninggalk­an kawasan banjir dengan berjalan kaki.

Buhari berkata dia sudah mengarahka­n Agensi Pengurusan Kecemasan Negara untuk campur tangan, ekoran kritikan dalam media tentang kegagalan pihak berkuasa untuk bertindak bagi menangani banjir.

Dua kem sudah disediakan di Makurdi untuk menampung mereka yang tidak ada tempat tinggal, tetapi ia tidak dijangka dibuka sebelum hujung minggu ini.

Negeri Benue, yang amat bergantung kepada sektor pertanian, sentiasa mengalami banjir sejak beberapa tahun lalu, disebabkan oleh hujan lebat dan pembukaan empangan di negara jiran Cameroon.

Pada 2012, Nigeria mengalami bencana banjir di 30 daripada 36 negeri di sana. Ratusan penduduk terkorban, dan kira-kira dua juta lagi hilang tempat tinggal. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia