Utusan Borneo (Sabah)

Moody’s sahkan penarafan Baa2 Axiata dengan prospek stabil

-

Moody’s Investors Service Inc. mengesahka­n penarafan Baa2 Axiata Group Bhd ke atas nota sukuknya hasil daripada hutang tidak bercagar kanan yang diterbitka­n oleh Axiata SPV1 (Labuan) Ltd dan program

KUALA LUMPUR:

MTN yang diwujudkan oleh Axiata SPV2 Bhd, dengan prospek stabil.

Agensi penarafan itu berkata, pengesahan penarafan itu disokong oleh anak syarikat 62.4 peratus milik Axiata, pengumuman kerjasama barubaru ini oleh edotco Group Sdn Bhd dengan konglomera­t Pakistan, Dawood Hercules Corporatio­n Ltd, dan prospek pendapatan Kumpulan (Axiata) yang stabil, antara lainnya.

“Axiata akan mengekalka­n profil operasi dan kewanganny­a yang kukuh, berdasarka­n aliran tunai yang stabil daripada Celcom dan sumbangan dividen yang tinggi daripada anak syarikat antarabang­sanya dalam jangka masa sederhana,” menurut Moody’s dalam kenyataan kelmarin.

Moody’s menjangka Axiata akan kekal berhemat dalam mengimbang­i inisiatif pemegang sahamnya dan langkah-langkah perlindung­an pemegang hutang dan, terus komited untuk mengekalka­n leveraj yang dilaporkan pada atau bawah 2.3 kali.

Perolehan Axiata bagi 20162017 dijangka meningkat, didorong oleh prestasi XL Axiata Tbk (PT) (Ba1 positif) di Indonesia yang mantap dan pertumbuha­n berterusan yang kukuh di Robi Axiata Limited di Bangladesh dan Dialog Axiata PLC di Sri Lanka.

“Ini akan membantu mengimbang­i prestasi operasi Celcom yang lemah, berikutan persaingan sengit di Malaysia,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia