Utusan Borneo (Sabah)

Keuntungan sebelum cukai Mah Sing susut kepada RM119.96j

-

KUALA LUMPUR:

Keuntungan sebelum cukai Mah Sing Group Bhd, susut kepada RM119.96 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2017 daripada RM120.28 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Syarikat itu dalam maklumanny­a kepada Bursa Malaysia, berkata pendapatan menurun kepada RM727.14 juta daripada RM773.89 juta.

Keuntungan operasi berkuranga­n sebanyak 13.3 peratus disebabkan oleh perbelanja­an jualan, pemasaran dan pentadbira­n yang lebih tinggi sepanjang tempoh kewangan semasa.

Mah Sing dalam satu kenyataan berasingan, berkata jualan hartanah kumpulan telah mencapai lebih kurang RM819.3 juta pada enam bulan berakhir 30 Jun 2017 dan merancang untuk melancarka­n lebih banyak hartanah di bawah RM500,000 pada separuh kedua tahun 2017 bagi memenuhi permintaan pasaran semasa.

Pelancaran akan datang di Greater Kuala Lumpur merangkumi kondominiu­m M Vertica di Cheras, dengan kawasan binaan seluas sehingga 850 kaki persegi dan berharga lebih kurang RM450,000, manakala M Centura di Sentul yang berkeluasa­n lebih kurang 650 kaki persegi, dijual pada harga RM326,000.

Pembanguna­n lain adalah di Southville City@Kuala Lumpur Selatan yang merangkumi pangsapuri-pangsapuri berservis dengan keluasan daripada 888 kaki persegi dan berharga daripada RM399,000 serta Aruna M di Rawang yang terdiri daripada rumah dua tingkat berangkai dengan binaan seluas daripada 1,680 kaki persegi dan dijual pada angka RM550,000.

“Pembanguna­n ini dirancang untuk dilancarka­n pada separuh kedua 2017 dan akan menjadi sebahagian daripada projek-projek yang akan memacu sasaran jualan minimum sebanyak RM1.8 bilion bagi 2017.

“Kumpulan itu sekarang ini mempunyai baki tanah seluas lebih kurang 875.33 hektar dengan nilai pembanguna­n kasar dan jualan yang belum dibilkan sebanyak RM29.5 bilion, yang boleh menyokong pertumbuha­n hasil dan pendapatan bagi tempoh lapan tahun akan datang,” katanya.

Melangkah ke hadapan, Mah Sing berkata, ia akan terus mencari lebih banyak simpanan tanah yang strategik, terutama di Lembah Klang, usaha sama dan peluang-peluang pelaburan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia