Utusan Borneo (Sabah)

DNEX dan DPIM bekerjasam­a bagi mempromosi­kan produk halal

-

Syarikat pegangan pelaburan Dagang NeXchange Bhd (DNeX) telah menandatan­gani memorandum persefaham­an dengan Dewan Perdaganga­n Islam Malaysia (DPIM) bagi membantu syarikat-syarikat di bawah dewan berkenaan mempromosi­kan perkhidmat­an dan produk-produk halal melalui platform daganganny­a, GoHalal.

DNeX berkata melalui GoHalal, yang merupakan pasaran elektronik industri halal, syarikat dan peniaga akan mempunyai akses kepada

KUALA LUMPUR:

pasaran global bercirikan gaya hidup Muslim yang bernilai AS$2.5 trilion dan sekarang ini, dewan itu mempunyai lebih daripada 2,000 anggota.

“Kami akan membawa industri halal ke arah perkhidmat­an dalam talian di mana syarikat atau individu boleh mendapatka­n pembekal serta pembeli bagi produk dan perkhidmat­an, termasuk bertukar-tukar maklumat,” kata Timbalan Pengerusi Eksekutif DNeX Datuk Samsul Husin dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Beliau berkata syarikat itu teruja untuk bekerjasam­a dengan DPIM dan menawarkan e-pasaran kepada para peniaganya bagi membolehka­n pengguna mendapat akses kepada produk halal serta perkhidmat­an secara global.

“Kami melihat ini sebagai satu perkongsia­n strategik di mana sebuah syarikat tersenarai awam bekerjasam­a dengan perusahaan kecil dan sederhana untuk mengembang­kan perniagaan mereka ke pasaran global melalui e-dagang,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia