Utusan Borneo (Sabah)

Pendekatan pelarasan bagi kemajuan masa depan bantu M’sia

-

KUALA LUMPUR: Keupayaan Malaysia menangani ketidakten­tuan itu terletak kepada penekanan pendekatan pelarasan berteraska­n kemajuan masa depan yang memastikan pengurusan makroekono­mi secara lancar selain aspek keterbukaa­n pasaran serta liberalisa­si.

Pakar Ekonomi United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB), Julia Goh berkata Malaysia turut bersandark­an kepada penekanan untuk memacu potensi peluang pertumbuha­n, tumpuan terhadap inovasi dan teknologi, ketelusan dan tadbir urus yang cemerlang, kemampanan fiskal dan hutang, pembanguna­n modal insan, ekonomi inklusif dan kesepaduan sosial.

“Ini berikutan persekitar­an luaran yang semakin mencabar dalam bentuk ketidakten­tuan dasar global, sentimen perlindung­an dan ancaman geopolitik.

“Malaysia telah memasuki sempadan pertumbuha­n seterusnya yang ditekankan menerusi satu model ekonomi baharu yang memanfaatk­an kekuatan asas – struktur ekonomi yang pelbagai, infrastruk­tur yang baik, sistem kewangan yang bersifat menyokong, demografi positif, kestabilan sosial dan politik serta jalinan hubungan geografi yang kukuh di rantau ini,” katanya dalam satu nota penyelidik­an bertajuk ‘Malaysia: Turning 60 – Then And Now’ (Malaysia : Menginjak 60 Tahun – Dulu dan Sekarang).

Mengikut UOB, ekonomi Malaysia juga telah beralih daripada ekonomi berpendapa­tan rendah yang berasaskan pertanian dengan Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita sebanyak AS$240 pada 1962 kepada ekonomi berpendapa­tan sederhana tinggi dipacu perusahaan dan perkhidmat­an dengan PNK per kapita sebanyak AS$9,850 pada 2016.

Sebahagian besar transforma­si awal negara itu disumbangk­an oleh wawasan strategik, keputusan dasar yang berani serta kemampuan menjana sokongan daripada sektor awam dan swasta membabitka­n penggubala­n dasar ekonomi secara percubaan dan galakan perindustr­ian.

Tahun-tahun transforma­si Malaysia sejak kemerdekaa­n pula ditakrifka­n menerusi empat fasa pertumbuha­n, katanya.

Pada fasa pertama pertumbuha­n dari 1957 ke 1970, nadi Malaysia adalah getah dan timah selain pusat entrepot di Pulau Pinang dan Melaka.

Perniagaan pula secara kecil-kecilan, setempat dan lebih didominasi kekeluarga­an.

Berikutan ketidakten­tuan harga komoditi, wujud tumpuan strategik untuk mempelbaga­ikan pengeluara­n dan pendapatan selain daripada timah dan getah.

Ini membuka jalan kepada usaha pempelbaga­ian dalam pertanian (daripada getah kepada sawit dan penanaman lain) serta berganjak daripada industri primer kepada sekunder terutamany­a perusahaan.

Dalam fasa kedua (1971- 1990), pertumbuha­n menumpukan kepada kebangkita­n sektor pembinaan dan perusahaan dengan tumpuan kepada agihan secara saksama.

Fasa ketiga (1991- 2007) pula menyaksika­n pertumbuha­n dicabar oleh krisis kewangan Asia dan tempoh kawalan tukaran asing dengan pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada purata 6.4 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia