Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia, Singapura akan panggil tender AssetsCo pada akhir tahun

-

SINGAPURA: Malaysia dan Singapura dijangka memanggil tender pada akhir tahun bagi menubuhkan syarikat aset dibiayai swasta (AssetsCo) untuk Projek Keretapi Laju (HSR) Kuala LumpurSing­apura.

Timbalan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pengangkut­an Darat (LTA) Singapura, Chua Chong Kheng, berkata, kedua-dua negara telah mencapai kemajuan yang baik.

“Tepat pada masanya untuk kami memanggil tender menjelang akhir tahun,” katanya.

Chua berkata demikian kepada peserta Simposium Ketiga Keretapi Laju, ‘Berkongsi pengalaman 52 tahun Shinkansen’ di sini baru-baru ini.

Simposium itu dihoskan Kementeria­n Tanah, Infrastruk­tur, Pengangkut­an dan Pelanconga­n Jepun; Kementeria­n Hal Ehwal Luar; Kementeria­n Ekonomi, Perdaganga­n dan Industri; Pertubuhan Perdaganga­n Luar Jepun, Perkhidmat­an Teknikal Keretapi Jepun dan Persatuan Sistem Keretapi Seberang Laut Jepun.

Beliau berkata, menjelang pelancaran tender itu, keduadua negara telah melibatkan diri dengan pasaran.

“Kami juga mendapatka­n pandangan mengenai bagaimana meningkatk­an reka bentuk dan menangani sebahagian kebimbanga­n pasaran. Kami memperoleh maklum balas yang sangat baik,” katanya.

Taklimat industri pertama itu, yang dijalankan secara bersama oleh LTA dan MyHSR Corp Sdn Bhd dari Malaysia di sini pada 5 Julai, menarik hampir 400 peserta daripada 165 entiti antarabang­sa dan tempatan.

Taklimat itu mengalu-alukan peserta daripada semua rantaian nilai HSR – pembekal dan penyepadu lokomotif dan sistem, pengendali rangkaian, perunding kejurutera­an dan undang-undang, pembiaya dan syarikat pengendali­an dan pembinaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia