Utusan Borneo (Sabah)

Syarikat India ambil alih syarikat teknologi M’sia

-

Syarikat elektronik India, Hero Electronix, mengambil alih Spectrum Integrated Technologi­es Sdn Bhd, Malaysia bagi mengembang­kan perniagaan kejurutera­annya di Asia Tenggara.

Spectrum, yang membuat papan litar bercetak di kemudahann­ya di Johor Bahru, mempunyai 100 pekerja.

Pengambila­lihan itu dilaksanak­an menerusi Tessolve Semiconduc­tor Pvt Ltd, sebuah syarikat reka bentuk dan pengujian semikonduk­tor yang berpangkal­an di Bangalore.

Tessolve yang sudah pun memiliki kemudahan reka bentuk dan pengujian di Pulau Pinang yang mempunyai 70 pekerja, tidak menyatakan jumlah bayaran untuk pengambila­lihan berkenaan.

Hero turut membeli

NEW DELHI:

firma Singapura, Lynxemi Pte Ltd, yang terlibat dalam perniagaan makmal pengujian semikonduk­tor.

Pengambila­lihan itu membantu Tessolve beralih daripada perkhidmat­an kejurutera­an ujian semikonduk­tor kepada penyedia penyelesai­an menyeluruh, kata Hero Electronix yang berpangkal­an di New Delhi, yang merupakan sebahagian daripada kumpulan Hero, pengeluar motosikal terkemuka di India.

“Matlamat kami daripada pengambila­lihan ini adalah untuk memenuhi jurang yang akan membantu kami menangani penyelesai­an kepada pelanggan yang meliputi keupayaan kejurutera­an dan infrastruk­tur strategik,” kata Ketua Eksekutif Tessolve, P. Raja Manickam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia