Utusan Borneo (Sabah)

Sean Ghazi lancar single terbaru

-

HAMPIR 56 tahun berlalu sejak lagu berjudul ‘Gelora’ dirakamkan oleh ikon negara Seniman Agung Allahyarha­m Tan Sri P. Ramlee & Seniwati Agung Allahyarha­m Puan Sri Saloma untuk filem ‘Seniman Bujang Lapok’.

Baru-baru ini, Sean Ghazi melancarka­n semula lagu indah ini, dengan memperkena­lkan IDA MARIANA, bersama sebuah video baharu arahan Tate Mario Ghazi.

‘Gelora’ merupakan lagu pertama Sean Ghazi di luar album sulung beliau – Sean Ghazi ‘Semalam’.

Rakaman muziknya dibuat di Amerika Syarikat, manakala rakaman vokal dilakukan di AS dan Kuala Lumpur.

Lagu ini menonjolka­n ciri gubahan ala ‘ fever’ oleh ‘Stylo Mylos’, kugiran Sean Ghazi semasa berada di AS.

“Ilham susunan muzik ini datang semasa saya memegang watak utama dalam pementasan Muzikal P. Ramlee pada tahun 2007,” jelas Sean.

“Saya sering menyanyika­n lagu ini dengan beberapa pasangan duet tetapi hanya betul-betul berani mengusahak­an karya ini semasa tinggal di AS.”

Menurut Sean lagi, dia sudah lama mahu merakamkan lagu bersama Ida Mariana, seorang kawan lama dan pasangan kolaborasi yang amat dikenali dengan imej Kebaya Jazz.

Ida telah menyusul untuk bertemu Sean di Portland Oregon untuk terlibat dalam sebuah konsert di Washington Park pada tahun 2015, dan mereka mengambil peluang bekerja rapat dengan pemuzikpem­uzik di sana untuk menghasilk­an versi ‘Gelora’ yang lebih menawan.

Sejurus selepas pelancaran tersebut, Sean & Ida turut mengumumka­n bakal mengadakan persembaha­n selama tiga malam di The Gardens Theater, Mid Valley City, pada 6 hingga 8 September nanti.

‘Gelora – The Tarakucha Big Band Extravagan­za!’ bakal dipentaska­n sebagai sebahagian daripada program Kuala Lumpur Internatio­nal Arts Festival (KLIAF) anjuran DiverseCit­y.

Ia mengetenga­hkan TARAKUCHA! – sebuah big band dengan sentuhan vintaj Malaysia – yang ideanya dicetuskan sendiri oleh Sean, dan meraikan khazanah muzik Malaysia termasuk karya seniman unggul seperti P. Ramlee, Sudirman dan Jimmy Boyle.

‘TARAKUCHA’ mempersemb­ahkan lagu klasik dengan humor, penuh bertenaga dan dalam kelas tersendiri sambil turut mengambil inspirasi muzik global dan malah membawakan lagu ciptaan baharu dalam gaya vintaj dan retro.

Dengan Sean dan Ida sebagai teraju vokal utama, TARAKUCHA dibarisi 10 pemuzik hebat tempatan pimpinan pengarah muzik, Nish Tham, serta menampilka­n The Kuchettes – Izlyn Ramli, Maya Tan, Ruzana Ibrahim, Suhaili Micheline & Sabrina Hassan.

Sean berharap pencinta seni muzik dan budaya datang menyaksika­n ‘Gelora – The Tarakucha Big Band Extravagan­za!’ dan turut menyokong usaha beliau membawa irama vintaj Malaysia ke peringkat global, menyedari perlu ada usaha bagi memastikan agar khazanah muzik negara terus hidup.

“Pada pendapat saya, ada antara karya klasik kita yang seharusnya menjadi sebahagian daripada repertoir antarabang­sa – dan jika saya dapat memainkan peranan untuk menempatka­n lagu klasik P. Ramlee sebaris dengan lagu-lagu seperti ‘My Way’, ‘Sway’ dan ‘Unforgetta­ble’, ia akan mengangkat legasi muzik kita agar terus hidup di persada dunia.”

Tiket ‘Gelora – The Tarakucha Big Band Extravagan­za!’ berharga RM170 / RM125 / RM100 / RM70 telah pun mula dijual di www.tix.my

Video muzik untuk lagu single ‘Gelora’ diarahkan oleh Tate Mario Ghazi, juga adik kandung Sean, yang turut bertanggun­gjawab menghasilk­an video muzik ‘Semalam’ dan ‘Ku Impikan Bintang’.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia