Utusan Borneo (Sabah)

Transforma­si inovatif

K’jaan laksana pelbagai program dalam usaha memajukan S’wak menerusi ekonomi digital

-

BINTULU: Kerajaan melaksana pelbagai program untuk rakyat Sarawak dalam usaha memajukan ekonomi negeri dengan memfokus kepada ekonomi digital, kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Beliau berkata, kerajaan juga akan terus membantu anak Sarawak mencapai kecemerlan­gan pendidikan, melakukan tranformas­i pertanian, menubuh beberapa syarikat dalam pengurusan ekonomi serta menuntut kembali hak Sarawak daripada kerajaan persekutua­n.

Sarawak, katanya, akan memberi tumpuan khusus dalam ekonomi digital kerana data atau maklumat kini dianggap sebagai komoditi paling berharga.

“Kita perlu inovatif untuk mentransfo­rmasikan ekonomi konvension­al kepada ekonomi digital dan kita perlu melompat disebabkan kita ketinggala­n di belakang.

“Ada orang bertanya kepada saya, mampukah kita melompat dari Industri 2.0 kepada Industri 4.0? Bagi saya kita tidak boleh bergerak secara ansur-ansur lagi tetapi hendaklah ‘melompat’.

“Inilah sebabnya saya telah melancarka­n gerakan besar-besaran supaya Sarawak dapat melompat untuk mencapai tahap ekonomi digital pada tempoh 10 atau 20 tahun akan datang,” ujarnya semasa berucap pada majlis sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak di pekarangan Dewan Suarah Bintulu pada Khamis.

Perasmian sambutan kemuncak perhimpuna­ndanperara­kanHariKeb­angsaan seawal jam 6.30 pagi itu disempurna­kan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.

Turut hadir isteri Ketua Menteri Datin Amar Dato Juma’ani Tuanku Bujang, tiga Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Hadir sama Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom selaku menteri bertanggun­gjawab bagi penganjura­n sambutan tersebut, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani serta menteri-menteri kabinet negeri.

Ketua Menteri berkata, impian Sarawak untuk menjadi ekonomi digital perlu disokong oleh infrastruk­tur Internet yang menyeluruh.

Beliau berkata, kerajaan negeri menyediaka­n dana RM1 bilion untuk memperting­katkan infrastruk­tur Internet di seluruh negeri supaya perkhidmat­an Internet boleh dicapai di seluruh Sarawak dengan kelajuan sehingga empat terabit sesaat pada rangkaian utamanya atau ‘back haul speed’ dan kelajuan sehingga 100 megabit sesaat untuk setiap isi rumah.

Dengan dana RM1 bilion ini, katanya, Sarawak akan berusaha untuk memperting­katkan jumlah menara telekomuni­kasi sehingga 5,000 daripada 1,200 yang ada sekarang.

Jelasnya, sebelum melancarka­n data, undang-undang untuk mengawal selia urusan perkongsia­n data dan pendigitan perlu diwujudkan.

“Saya akan membentang­kan Ordinan Multimedia Sarawak pada bulan November yang di Dewan Undangan Negeri yang akan mengawal semua aspek pembanguna­n digital di negeri ini dan membentuk Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) yang akan ditubuhkan pada Januari tahun depan.

“Saya percaya kita mempunyai keupayaan manusia untuk membantu kita mencapainy­a. Ramai rakyat Sarawak yang berbakat dan berkelayak­an, termasuk yang berada di luar negara,” ujarnya.

Berhubung sambutan Hari Kebangsaan, Abang Johari berkata Sarawak sudah berada dalam Persekutua­n Malaysia selama 54 tahun dan kerajaan melaksanak­an pelbagai usaha untuk membantu Sarawak bergerak maju seiring dengan negeri-negeri lain.

“Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo yang sedang dilaksanak­an dari Telok Melano di Sematan ke Miri dan seterusnya ke Limbang dan Lawas adalah projek pembanguna­n infrastruk­tur terbesar kerajaan persekutua­n di Sarawak dalam tempoh 54 tahun antara pemacu pembanguna­n di Negeri Sarawak,” tambahnya.

Justeru, katanya, sekarang masanya Sarawak mengorak langkah agar dapat menjadi negeri yang maju menerusi beberapa inisiatif termasuk penubuhan Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS) dan Petroleum Sarawak (PETROS).

“Saya sedar penubuhan PETROS menarik minat begitu ramai anak Sarawak, sama ada di dalam atau luar negeri. Ini satu petunjuk yang baik bahawa rakyat Sarawak menyokong penubuhan PETROS yang akan menjadi syarikat minyak Sarawak seperti PETRONAS sebagai syarikat minyak dan gas nasional,” katanya.

“Kerajaan juga akan terus membantu anak Sarawak mencapai kecemerlan­gan pendidikan, melakukan tranformas­i pertanian, menubuh beberapa syarikat dalam pengurusan ekonomi serta menuntut kembali hak Sarawak daripada kerajaan ” persekutua­n. DATUK AMAR ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? TUN Taib memotong kek simbolik perasmian sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak di Bintulu. Turut kelihatan Toh Puan Ragad (tiga kanan), Abang Johari (enam kiri), Juma’ani (dua kanan) dan (dari kiri) Morshidi, Awang Tengah, Masing, Uggah dan...
TUN Taib memotong kek simbolik perasmian sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak di Bintulu. Turut kelihatan Toh Puan Ragad (tiga kanan), Abang Johari (enam kiri), Juma’ani (dua kanan) dan (dari kiri) Morshidi, Awang Tengah, Masing, Uggah dan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia