Utusan Borneo (Sabah)

SFC terus banteras pembalakan haram

Operasi di Ulu Sg Kelawit dan Nanga Sg Selidap berjaya rampas balak pelbagai spesies

-

KUCHING: Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) sekali lagi berjaya menumpaska­n kegiatan pembalakan haram dan kali ini ia berlaku di Ulu Sungai Kelawit berhampira­n Tatau di Bintulu.

Kejayaan itu adalah hasil tindakan bersama pasukan penguatkua­saan SFC Pejabat Wilayah Bintulu dengan kerjasama One-Stop Compliance Centre (OSCC) Teluk Batu, Tatau yang bertindak atas laporan dan aduan orang awam mengenai kegiatan yang mencurigak­an di kawasan itu.

Menurut jurucakap SFC menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarka­n semalam, ketika operasi ditemui sebanyak 10 timbunan kayu balak.

“Setakat ini, kita telah berjaya menemui lebih 3,500 batang kayu balak dari pelbagai saiz dan spesies termasukla­h 14 jentera seperti traktor, jengkaut, trak dan sebagainya,” katanya.

Tambahnya, keterangan daripada dua individu berkepenti­ngan juga telah direkod di kawasan berkenaan.

Jelasnya lagi, kawasan tersebut merupakan kawasan pembalakan berlesen.

“Bagaimanap­un, kita mengenal pasti aktiviti pembalakan yang dilakukan itu tidak diluluskan oleh sama ada dari Jabatan Hutan Sarawak mahupun SFC sendiri dan sebab itulah ia merupakan aktiviti haram,” katanya lagi.

Laporan mengenai kegiatan tersebut juga telah dibuat di Balai Polis Tatau dan kes tersebut juga diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Dalam operasi berasingan, penguatkua­saan gabungan dijalankan SFC dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) Selasa lalu di Nanga Sungai Selidap, Bintangor berjaya merampas 83 batang kayu balak.

Bertindak atas laporan dan aduan orang awam, pegawai terlibat terdiri Pejabat SFC Wilayah Sibu dan LSS merampas kayu-kayu balak itu dianggar berjumlah 20 meter persegi di perairan sungai terbabit.

“Kayu balak terbabit terdiri pelbagai saiz dan spesies pokok dipercayai dilakukan oleh pembalak haram dari hutan berdekatan ekoran ketiadaan tanda rasmi selain tiada lesen dikeluarka­n di kawasan tersebut,” kata jurucakap SFC menerusi kenyataan akhbar di sini pada Khamis.

“Ketika operasi ditemui sebanyak 10 timbunan kayu balak. Setakat ini, kita telah berjaya menemui lebih 3,500 batang kayu balak dari pelbagai saiz dan spesies termasukla­h 14 jentera seperti traktor, jengkaut, trak dan sebagainya. Jurucakap SFC

 ??  ?? SEBAHAGIAN kayu balak yang ditemui di Ulu Sungai Kelawit, Tatau.
SEBAHAGIAN kayu balak yang ditemui di Ulu Sungai Kelawit, Tatau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia