Utusan Borneo (Sabah)

Pastikan amalan kebersihan baik bendung HFMD

-

KUCHING: Ibu bapa dinasihat memastikan anak-anak mengamalka­n amalan kebersihan yang baik terutama pada musim cuti sekolah dan sambutan perayaan bagi membendung jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Jamilah Hashim berkata, jika ada di kalangan anakanak yang dijangkiti HFMD terutama yang masih belum bersekolah, ibu bapa digalak memaklumka­n kepada Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.

“Jabatan ingin terus mengingatk­an tentang kepentinga­n mengekalka­n tahap kebersihan diri dan persekitar­an yang tinggi untuk mengurangk­an risiko jangkitan HFMD terutama ibu bapa perlu memastikan anak mengamalka­n kebersihan yang baik.

“Di samping kita bergembira dengan pelbagai acara yang dirancang untuk kemeriahan sambutan tersebut, marilah kita semua mengambil kesempatan untuk menikmati kehidupan yang lebih sihat melalui pencegahan penyakit seperti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) serta demam denggi dan penularan wabak rabies,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, pada Khamis.

Dr Jamilah berkata, ibu bapa juga boleh menghubung­i Pusat Kesiapsiag­aan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) menerusi talian 082-443248/082-441780, faks 082443098 (e-mel: cprc_sarawak@moh.gov. my) dari setiap Isnin hingga Jumaat (jam 8 pagi-5 petang) dan Sabtu, Ahad dan cuti umum (jam 8 pagi-5 petang).

Manakala kepada penyelia sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak, beliau menasihatk­an mereka merujuk segera kanak-kanak atau murid yang didapati ada simptom atau disyaki HFMD seperti mempunyai tanda-tanda dan gejala luar biasa seperti sawan, lemah badan, lesu, enggan bermain, pemakanan atau penyusuan yang kurang baik atau enggan makan.

“Pastikan kanak-kanak yang dijangkiti tidak hadir ke institusi untuk sekurangku­rangnya sepuluh hari selepas bermulanya gejala.

“Artikel seperti alat permainan yang tercemar oleh kes-kes yang dijangkiti HFMD perlu dibasmi kuman dengan 0.5 peratus larutan sodium hipoklorit,” jelasnya.

Mengulas mengenai situasi kes HFMD di Sarawak pada tahun ini, daripada 6,800 kes yang dilaporkan dari 1 Januari hingga 26 Ogos 2017, hanya 269 kes dimasukkan ke hospital dan tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Ujarnya, terbaharu iaitu minggu ke-34 (dari 20 hingga 26 Ogos 2017) jumlah kes HFMD dilaporkan di Sarawak ialah 43 kes, iaitu penurunan sebanyak tujuh kes atau 17 peratus berbanding minggu sebelumnya, 50 kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia