Utusan Borneo (Sabah)

Sebelas daerah berentap

Kejohanan Ping Pong Peringkat Negeri 2017

- Oleh YAP SIONG HAN

PUTATAN: Sebanyak 11 daerah dari seluruh Sabah menyertai Kejohanan Ping Pong Peringkat Negeri 2017.

Pengerusi Penganjur Edward Chua berkata, kejohanan itu diadakan selama tiga hari bermula 1 September dan berakhir Ahad ini.

“Dalam kejohanan ini, sebanyak15­kategoridi­adakan secara keseluruha­n yang mana dua pasukan teratas akan berentap di peringkat akhir.

“Dari kejohanan ini, empat pasukanter­baikakanme­wakili Sabah ke pertanding­an ping pong peringkat kebangsaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata, empat pasukan terbaik itu akan menyertai tiga pertanding­an peringkat kebangsaan.

Katanya, masing-masing pertanding­an itu adalah Kejohanan Pong Belia Kebangsaan (bawah 15 dan 18 tahun) di Perak pada Oktober depan, Kejohanan Kadet Kebangsaan (bawah 13 dan 10 tahun) di Johor pada Disember depan dan Kejohanan peringkat Kebangsaan yang juga diadakan pada Disember depan di Kuala Lumpur.

“Kejohanan yang diadakan di sini juga berperanan sebagai satu platform bagi memilih calon pemain terbaik untuk mewakili Sabah.

“Kekuatan pemain kita daripada pasukan seluruh negara adalah terletak dipertenga­han, bagaimanap­un kita mempunyai pemain yang mewakili pasukan negeri dan bekas pemain kebangsaan,” katanya.

Menurutnya, antara daerah yang menyertai kejohanan kali ini ialah Beaufort, Keningau, Kota Kinabalu, Kudat, Lahad Datu, Papar, Ranau, Tawau, Tenom, Tuaran dan juara bertahan iaitu Sandakan.

“Untuk maklumat, kejohanan yang sama pada tahun hadapan akan diadakan di Beaufort pada sambutan Good Friday,” katanya.

Hadir sama merasmikan majlis itu adalah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Edward Yong Oui Fah.

“Dalam

kejohanan ini, sebanyak 15 kategori diadakan secara keseluruha­n yang mana dua pasukan teratas akan berentap di peringkat akhir. EDWARD CHUA Pengerusi Penganjur

 ??  ?? EDWARD (tengah) memberi kata-kata semangat kepada salah seorang pemain sambil disaksikan oleh Chua (kanan).
EDWARD (tengah) memberi kata-kata semangat kepada salah seorang pemain sambil disaksikan oleh Chua (kanan).
 ??  ?? EDWARD (kiri) bermain ping pong sebagai simbolik rasminya kejohanan itu.
EDWARD (kiri) bermain ping pong sebagai simbolik rasminya kejohanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia