Utusan Borneo (Sabah)

Brazil ungguli Zon Amerika Selatan

Coutinho bantu kemenangan kesembilan berturut-turut Brazil

-

PORTO ALEGRE, Brazil: Philippe Coutinho menjaringk­an gol ketika Brazil menewaskan Ecuador 2-0 untuk mengekalka­n kedudukan di tangga teratas Zon Amerika Selatan untuk kelayakan Piala Dunia 2018 Khamis lepas.

Coutinho, yang menyaksika­n perpindaha­n impian ke Barcelona gagal dicapai, dimasukkan sebagai pemain gantian untuk membantu menembusi benteng kebal Ecuador.

Pemain berusia 25 tahun itu tidak menunjukka­n sebarang kesan dari kecederaan belakang yang menghalang­nya dari beraksi untuk Liverpool di awal musim ini.

Paulinho, pemain baharu Barcelona, mengumpan bola kepada Coutinho pada minit ke-69 sebelum Coutinho merancang gol kedua apabila berganding­an cantik dengan Gabriel Jesus.

Kemenangan kesembilan berturut-turut Brazil itu membolehka­n mereka berkelebih­an 11 mata di tangga teratas kumpulan dengan baki tiga perlawanan sahaja lagi dan ini bermakna mereka tidak akan dapat dipintas oleh mana-mana pasukan.

Brazil menguasai separuh masa pertama tetapi mereka gagal menembusi benteng kebal Ecuador dengan penjaga gol Maximo Banguera beraksi tangkas.

Paulinho hampir meraikan perlawanan antarabang­sa pertama beliau sejak melengkapk­an perpindaha­n ke Barcelona dengan satu gerakan solo cantik pada minit kelapan tetapi Banguera beraksi tangkas menepis cubaan akhir.

Banguera juga menepis satu cubaan Willian dua minit kemudian.

Jesus boleh membuka jaringan lebih awal pada minit ke-33 tetapi sekali lagi Banguera beraksi cemerlang.

Banguera bagaimanap­un gagal menghalang cubaan Coutinho pada minit ke-69 dari umpanan Paulinho.

Jesus menambah jaringan pada minit ke-76 selepas berganding­an cantik dengan Coutinho. – AFP

“Kemenangan

kesembilan berturut-turut Brazil itu membolehka­n mereka berkelebih­an 11 mata di tangga teratas kumpulan dengan baki tiga perlawanan sahaja lagi dan ini bermakna mereka tidak akan dapat dipintas oleh mana-mana pasukan.

 ??  ?? COUTINHO (tengah) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan. -Gambar AFP
COUTINHO (tengah) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan. -Gambar AFP
 ??  ?? COUTINHO menjaringk­an gol dalam perlawanan itu. -Gambar Reuters
COUTINHO menjaringk­an gol dalam perlawanan itu. -Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia