Utusan Borneo (Sabah)

Jaringan Mbappe lengkapkan kemenangan penting Perancis, Ronaldo lakar hatrik

-

PARIS, Perancis: Kylian Mbappe menjaringk­an gol terakhir ketika Perancis menewaskan Belanda 4-0 pada perlawanan penting kelayakan Piala Dunia 2018 sementara hatrik Cristiano Ronaldo membantu Portugal menewaskan Faroe Island 5-1 pada perlawanan lain Khamis lepas.

Antoine Griezmann membuka jaringan buat Perancis pada minit ke-14 di Stade de France sebelum Belanda bermain 10 pemain apabila Kevin Strootman dibuang padang pada 30 minit terakhir permainan.

Thomas Lemar menjaringk­an dua gol, satu dari rembatan cantik sebelum Mbappe melengkapk­an jaringan untuk gol antarabang­sa pertama beliau.

Perancis kini kembali di landasan untuk layak ke Rusia, tuan rumah Piala Dunia 2018 selepas dikejutkan 12 oleh Sweden pada bulan Jun. Kemenangan ini, dan juga dengan Sweden tewas 23 di Bulgaria, membolehka­n Perancis menduduki tangga teratas Kumpulan A Zon Eropah dengan kelebihan tiga mata.

“Ia prestasi lengkap pasukan,” kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps.

“Ia adalah perlawanan yang sangat positif dan kami mempunyai satu lagi perlawanan dalam tempoh tiga hari lagi (menentang Luxembourg). Dan saya tidak akan berkata tewas kepada Sweden adalah sesuatu yang teruk.”

Sementara itu, selepas gagal layak ke Euro 2016, Belanda kini bergelut untuk menduduki tempat kedua – satu slot untuk playoff terakhir kelayakan ke Rusia pada bulan November.

Skuadkenda­lianDickAd­vocaat itu ketika ini di tangga keempat, tiga mata di belakang Sweden yang menduduki tangga kedua dengan baki tiga perlawanan, termasuk perlawanan menentang Sweden di Amsterdam pada bulan Oktober.

Perancis dijangka akan memenangi kumpulan ini dan Deschamps mempunyai cukup kualiti dalam pasukan untuk menjadi antara calon utama memenangi Piala Dunia 2018.

Mbappe bermula di bangku simpanan ketika penyerang berusia 18 tahun itu satu perpindaha­n pinjaman dari Monaco ke Paris Saint Germain (PSG) diumumkan secara rasmi beberapa jam sebelum sepak mula.

Pemain baharu Barcelona, Ousmane Dembele, bagaimanap­un tidak langsung tersenarai dalam skuad tetapi Kingsley Coman membuat penampilan sulung sejak Perancis tewas di final Euro 2016 kepada Portugal.

Perancis ternyata beraksi cemerlang dan membuka jaringan apabilaDji­brilSidibe­mengumpan bola kepada Griesmann sebelum menewaskan penjaga gol Jasper Cillessen.

Belanda sudah bergelut mengimbang­i permainan walaupun sebelum Strootman dibuang padang selepas satu jam permainan apabila menerima kad kuning kedua perlawanan dalam tempoh lima minit.

Arjen Robben mensiasiak­an peluang terbaik untuk mengikat kedudukan sebelum Lemar menjaringk­an gol kedua pada minit ke-72 dengan satu rembatan kencang dari hujung kotak penalti. -AFP

 ??  ?? MBAPPE menjaringk­an gol keempat Perancis. -Gambar Reuters
MBAPPE menjaringk­an gol keempat Perancis. -Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia