Utusan Borneo (Sabah)

Asensio bawa harapan Sepanyol tebus kekecewaan ke atas Itali

-

MADRID, Sepanyol: Pemain berbakat besar bola sepak Sepanyol, Marco Asensio, akan membawa harapan seluruh negara apabila Sepanyol cuba menebus kekecewaan ke atas Itali pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 hari ini.

Walaupun berusia baharu 21 tahun, tiada banyak bukti pemain berbakat kelab Real Madrid itu terlalu tertekan dengan beban yang dipikulnya.

Asensio dijangka akan membuat penampilan pertama dalam kesebelasa­n utama perlawanan kompetetif untuk Sepanyol selepas memulakan musim dengan memberangs­angkan apabila menjaringk­an empat gol dari lima perlawanan untuk Real Madrid, termasuk dua gol cantik ketika menewaskan Barcelona dalam Piala Super Sepanyol.

Dan beliau dijangka akan mengekalka­n rentak selepas menjaringk­an gol dalam La Liga Sepanyol, Liga Juara-Juara, Piala Raja Sepanyol, Piala Super UEFA bersama Real tahun lepas.

“Ia sangat jelas di mana beliau adalah satu bakat luar biasa,” kata kapten Real Madrid dan juga Sepanyol, Sergio Ramos. “Saya bermengeka­lkan harap beliau rentak dan keazaman di hadapan pintu gol. Setiap kali beliau bermain, beliau mampu membuat perbezaan.”

Ramai pemain dalam skuad Itali, termasuk penjaga gol veteran, Gianluigi Buffon, sudah mengingati kenangan pahit berdepan Asensio, yang dimasukkan dari bangku simpanan unringkan tuk menjaringk­an gol ketika Real Madrid menewaskan Juventus 4-1 di final Liga Juara-Juara. Asensio terpaksa menunggu peluang untuk beraksi di peringkat antarabang­sa, di mana beliau hanya beraksi tiga kali setakat ini dan hanya bermain 10 minit perlawanan kompetetif ketika Sepanyol membelasah Liechtenst­ein 8-0. Bagaimanap­un, reputasi beliau sebagai salah seorang bakal bintang bola sepak dunia akan diteruskan ketika membantu Sepanyol melangkah ke final Euro Bawah 21 Tahun, menjaringk­an hatrik ketika menentang Macedonia pada perlawanan pertama Sepanyol. Prestasi cemerlang Asensio itu menyebabka­n jurulatih Sepanyol, Julen Lopetegui memanggil beliau ke dalam skuad senior untuk perlawanan menentang bekas juara dunia dan kemenangan akan mengesahka­n kelayakan mereka ke Piala Dunia 2018 di Rusia. Kedua-dua pasukan terikat 16 mata di tangga teratas Kumpulan G Zon Eropah dengan tempat kedua akan bermain perlawanan playoff terakhir. Keputusan seri 1-1 di Itali pada bulan Oktober tahun lepas dan kelebihan gol bermakna Sepanyol masih berada di kedudukan selesa dengan baki tiga perlawanan lagi. -AFP

 ??  ?? MARCO ASENSIO
MARCO ASENSIO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia