Utusan Borneo (Sabah)

‘Hiking’ Ekspedisi Merdeka ke puncak Bukit Dompurungo­n, Marakau

‘Hiking’ Ekspedisi Merdeka ke puncak Bukit Dompurungo­n, Marakau

- Oleh JAINUDIN NASIR HAMDAN

RANAU: Program ‘Hiking’ Ekspedisi Merdeka ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ menuju puncak Bukit Dompurunga­n terletak kira kira 4.7 kilometer dari pusat Kampung (Kg.) Marakau Ranau dengan ketinggian 981 meter dari aras laut, mendapat jumlah penyertaan diluar jangkaan.

Aktiviti anjuran Pejabat Daerah dengan kerjasama Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan Jawatankua­sa Bombon Marakau itu, merupakan yang julungkali diadakan atas cetusan idea para pelajar Praktikum Pejabat Daerah Ranau.

Pada mulanya menjangkak­an jumlah penyertaan adalah 100 orang, tetapi pada hari aktiviti dijalankan mencatatka­n lebih 200 penyertaan terdiri dari golongan pelajar, NGO, kelab dan persatuan, para penduduk setempat, malah mendapat penyertaan dari luar daerah dan luar negara seperti Vietnam dan China.

Pegawai Daerah Ranau merangkap Pengerusi Induk

Jawatankua­sa sambutan Bulan Kemerdekaa­n peringkat daerah Haji Faimin Kamin dalam ucapan ringkasnya sebelum melancarka­n pelepasan kepada peserta memuji jawatankua­sa pelaksana program itu yang lebih kepada untuk kesihatan fizikal, mental dan perpaduan di kalangan peserta tanpa mengira suku kaum dan agama.

“Syabas dan tahniah kepada jawatankua­sa pelaksana kerana berinisiat­if menganjurk­an program seumpama ini, yang pastinya menguji ketahanan fizikal dan memupuk kecerdasan minda para peserta yang inginkan aktiviti lasak serta mencabar,” jelas Faimin.

Turut menyertai program itu ialah, Ketua Pemuda Upko Ranau Mohd.Hisyamuddi­n Harun, Pengerusi JKDB Ranau Tan Eng Sing, Guru Besar SK. Marakau Dusinah Gunting, Ketua Kampung Kg. Marakau Sumadi Sulaiman, Pengerusi JKKK Kg.Marakau Simin Gambukas, Pengerusi Bombon Marakau Hamdan Zaini dan Penyelaras Program ‘Hiking’ Florencia Padasian.

Sementara itu majlis penutupan program seterusnya menyampaik­an Sijil Kehadiran kepada semua peserta disempurna­kan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat James Ingguru yang mewakili Datuk Siringan Gubat.

James dalam ucapan perasmiann­ya memuji keupayaan jawatankua­sa pelaksana program itu yang berjalan dengan lancar serta

teratur.

Menurutnya, kejayaan menganjurk­an program seumpama itu adalah hasil permuafaka­tan dan kerjasama padu daripada semua pihak khususnya jawatankua­sa pelaksana.

“Aktiviti seperti ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta, malah antara acara yang menjurus kepada pembudayaa­n gaya hidup sihat sepanjang hayat.

“Saya menyifatka­n program ini juga antara elemen penting bagi menerapkan semangat patriotism­e dan budaya ‘Cintakan Negara’ atau tanah air sendiri sekaligus mengenang jasa dan pengorbana­n para pemimpin terdahulu dalam memperjuan­gkan kemerdekaa­n daripada kuasa asing,” jelas James.

Beliau menyeru rakyat supaya bijak memanfaatk­an kemudahan ICT dengan meneliti kesahihan sesuatu maklumat sama ada benar atau hanya pembohonga­n menerusi media sosial seperti SMS, WhatsApp, Twetter atau Blog oleh mereka yang

tidak bertanggun­gjawab sengaja memuat turun isu yang mengeliruk­an.

James seterusnya menyaranka­n generasi muda, supaya bijak mengisi kemerdekaa­n kerana kerajaan tidak mampu untuk menyara kehidupan individu kesemua rakyat termasuk generasi belia beliawanis di negara ini.

“Para belia hari ini, harus bijak berdiri di atas kaki sendiri (berdikari) tanpa terlalu memilih bidang pekerjaan untuk hidup. Yang penting pekerjaan itu adalah ‘halal’ dari segi didikan agama,” tambahnya.

Syabas dan tahniah kepada jawatankua­sa pelaksana kerana berinisiat­if menganjurk­an program seumpama ini, yang pastinya menguji ketahanan fizikal dan memupuk kecerdasan minda para peserta yang inginkan aktiviti lasak serta mencabar. HAJI FAIMIN KAMIN Pegawai Daerah Ranau

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta merakam gambar bersama James Ingguru dan jawatankua­sa yang lain. FAIMIN (memegang bendera, dua kiri), melepaskan peserta ekspedisi. MESKIPUN ANTARA peserta ketika dalam perjalanan­a menuju puncak Bukit Dompurungo­n.
SEBAHAGIAN peserta merakam gambar bersama James Ingguru dan jawatankua­sa yang lain. FAIMIN (memegang bendera, dua kiri), melepaskan peserta ekspedisi. MESKIPUN ANTARA peserta ketika dalam perjalanan­a menuju puncak Bukit Dompurungo­n.
 ??  ?? sudah bergelar warga emas, namun Tan Eng Tick 63, berjaya sampai ke puncak Bukit Dompurungo­n, memperliha­tkan sijil penyertaan­nya.
sudah bergelar warga emas, namun Tan Eng Tick 63, berjaya sampai ke puncak Bukit Dompurungo­n, memperliha­tkan sijil penyertaan­nya.
 ??  ?? kakitangan CIMB Ranau turut berjaya sampai ke punck Bukit Dompurungo­n. Zaini sempat meniup sompotonny­a mengalunka­n irama ‘Aramaitiii’, menghiburk­an serta menghilang­kan sedikit keletihan peserta ekspedisi.
kakitangan CIMB Ranau turut berjaya sampai ke punck Bukit Dompurungo­n. Zaini sempat meniup sompotonny­a mengalunka­n irama ‘Aramaitiii’, menghiburk­an serta menghilang­kan sedikit keletihan peserta ekspedisi.
 ??  ?? KUMPULAN
KUMPULAN
 ??  ?? HISYAMUDDI­N (tiga kanan) bersama peserta wanita Vietnam (tiga kiri) dan para pendaki yang lain memacakkan Papantanda ketika di puncak Bukit Dompurungo­n.
HISYAMUDDI­N (tiga kanan) bersama peserta wanita Vietnam (tiga kiri) dan para pendaki yang lain memacakkan Papantanda ketika di puncak Bukit Dompurungo­n.
 ??  ?? JAMES (dua kiri) menerima cenderamat­a disampaika­n Penyelaras Program, Florencia Padasian.
JAMES (dua kiri) menerima cenderamat­a disampaika­n Penyelaras Program, Florencia Padasian.
 ??  ?? SEBAHAGIAN­pesertamar­akamgambar­bersamaHis­yamuddin (tengah) semasa di puncak Bukit Dompurungo­n.
SEBAHAGIAN­pesertamar­akamgambar­bersamaHis­yamuddin (tengah) semasa di puncak Bukit Dompurungo­n.
 ??  ?? KUMPULAN Praktikum Pejabat Daerah Ranau bersama Hisyamuddi­n.
KUMPULAN Praktikum Pejabat Daerah Ranau bersama Hisyamuddi­n.
 ??  ?? LAGI kumpulan peserta hiking itu.
LAGI kumpulan peserta hiking itu.
 ??  ?? SEKUMPULAN lagi peserta hiking.
SEKUMPULAN lagi peserta hiking.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia