Utusan Borneo (Sabah)

Uruguay seri tanpa jaringan dengan Argentina

-

MONTEVIDEO, Uruguay: Luis Suarez kembali dari kecederaan tetapi pasukannya, Uruguay, terpaksa akur dengan satu mata selepas seri tanpa jaringan dengan Argentina pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Amerika Selatan di sini Khamis lepas.

Suarez dibenarkan beraksi pada saat akhir selepas pulih dengan cepat dari kecederaan lutut dua minggu lepas.

Bagaimanap­un, penyerang dari kelab Barcelona itu gagal mencari gol ketika menentang pasukanArg­entinayang­bermain perlawanan kompetetif pertama di bawah jurulatih baharu, Jorge Sampaoli.

Argentina menguasai separuh masa pertama dengan Gabriel Mercado melihat rembatanny­a sedikit tinggi melepasi palang.

Marcos Acuna juga mempunyai peluang untuk Argentina tetapi rembatanny­a juga tinggi pada mini tke-27.

Edinson Cavani hampir mencipta gol buat Uruguay pada minit ke-31 tetapi umpanan beliau kepada Suarez gagal disempurna­kan dengan baik.

Bintang Argentina, Lionel Messi, mempunyai peluang terbaik pada separuh masa kedua tetapi rembatanny­a ditepis penjaga gol Fernando Muslera.

Satu mata itu bermakna Argentina kekal di luar slot empat tempat kelayakan automatik ke Rusia, tuan rumah Piala Dunia 2018 tetapi berkongsi mata dengan Chile sementara Uruguay di tangga ketiga dengan 24 mata dari 15 perlawanan, satu mata di hadapan Argentina.

Di Santiago, Paraguay mengembali­kan harapan untuk layak ke Rusia apabila mengejutka­n Chile 3-0.

Arturo Vidal tertolak bola ke pintu golnya sendiri untuk menghadiah­kan gol pembukaan Paraguay sebelum Victor Caceres dan Richard Ortiz menambah jaringan untuk kemenangan berharga di tempat lawan.

Kemenangan meletakkan Paraguay kembali bersaing kelayakan ke Piala Dunia dengan berada di tangga keenam dengan 21 mata.

Chile masih mengekalka­n kedudukan dalam empat pasukan teratas dengan 23 mata tetapi tidak mempunyai banyak ruang untuk melakukan kesilapan lagi.

Paraguay membuka jaringan pada minit ke-24 apabila Oscar Romero melakukan satu tendangan percuma cantik dengan Vidal, yang cuba menolak bola dari bahaya, tertanduk bola ke pintu golnya sendiri. -AFP

 ??  ?? MESSI diasak Cristian Rodriguez dalam perlawanan itu. -Gambar Reuters
MESSI diasak Cristian Rodriguez dalam perlawanan itu. -Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia