Utusan Borneo (Sabah)

Super Spontan Superstar 2017

Janji pertempura­n lawak spontan lebih hebat

-

M

ALAM hujung minggu peminat tegar segmen komedi di Malaysia bakal dihangatka­n lagi dengan pelbagai aksi lawak spontan oleh 16 orang ‘gengster & mafia’ yang juga merupakan pelawak serta selebriti terkenal tanah air menerusi program ‘Super Spontan Superstar 2017’.

Program realiti lawak spontan ini akan dipancarka­n secara langsung dari Dewan Percubaan UPM, Serdang pada setiap Jumaat, bermula 8 September ini, jam 10.00 malam selama 8 minggu berturut-turut.

Pertemuan kesemua ‘gengster & mafia’ tersebut boleh disaksikan di Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124) dan di platform digital iaitu menerusi aplikasi Astro GO dan ‘on demand’.

Bagi siaran minggu pertama, penonton turut boleh menonton di Astro Prima (saluran 105), Maya HD (saluran 135) dan laman sesawang Portal Rasmi, ‘Gempak’ (www.gempak.

Mengulas tentang penganjura­n Super Spontan Superstar 2017, Raqim Ahmad, Ketua Saluran Melayu Astro berkata, “Bersesuaia­n dengan nama program, kami menampilka­n barisan pemain yang cukup dikenali dan diminati oleh penggemar hiburan komedi di Malaysia. Mereka ini merupakan ‘Superstar’ dan berada dalam liga yang tersendiri.

“Di atas permintaan peminat, kami sekali lagi membawakan beberapa pelawak kegemaran ramai seperti Achey, Fad, Syuk, Rahim, Shahrol, Shuib, Atu, Ozlynn, Zulin dan ramai lagi. Persaingan dilihat akan menjadi lebih sengit oleh kerana nama-nama yang hadir pada kali ini.

“Istimewany­a lagi musim ini, buat julung kalinya kami membawa masuk dua orang pelawak solo yang semakin melonjak naik populariti mereka iaitu Danial dan Fikry yang masing-masing merupakan pemenang pertama dan ketiga bagi program komedi ‘Lawak Solo’.

Selesa beraksi secara solo di atas pentas komedi sebelum ini, kita semua sedia maklum bahawa mereka berdua mempunyai kelebihan untuk menghiburk­an penonton secara sendirian.

“Namun begitu, pentas ‘Super Spontan Superstar 2017’ ini bakal memberikan cabaran kerana memerlukan mereka beraksi secara berkumpula­n. Selepas menjalani beberapa peringkat saringan, kami yakin Danial dan Fikry mampu menggalas tanggungja­wab selaku pemain dengan baik sekali,” katanya.

Format permainan masih lagi dikekalkan kerana penonton sudah arif dengan format dan permainan yang dimainkan dalam program ini.

Antaranya adalah pemberian kad imuniti yang diperkenal­kan pada musim lalu. Kad imuniti akan diberikan kepada seorang pemain pilihan penonton untuk menjadikan pemain tersebut kebal daripada penyingkir­an.

“Walau bagaimanap­un, untuk meningkatk­an rasa keterujaan, kami tidak akan mendedahka­n pada minggu ke berapa kad imuniti tersebut bakal diberikan kepada pemain. Mereka perlu tampilkan persembaha­n terbaik dari minggu ke minggu demi memastikan kad imuniti itu bakal menjadi milik mereka,” katanya.

Bagi penganjura­n musim ini, kesemua pemain dibahagika­n

Bersesuaia­n dengan nama program, kami menampilka­n barisan pemain yang cukup dikenali dan diminati oleh penggemar hiburan komedi di Malaysia. Mereka ini merupakan ‘Superstar’ dan berada dalam liga yang tersendiri.

kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama iaitu kumpulan ‘Tenggiling Taiko’ diketuai oleh Achey dan turut dianggotai oleh Rahim, Sharif Zero, Danial, Shahrol Shiro, Mamak Puteh, Sharifah Shahira dan Ozlynn.

Kumpulan yang kedua pula iaitu kumpulan ‘King Musang’ juga terdiri daripada barisan pemain yang bukan calang-calang. Diketuai oleh Shuib, ‘King Musang’ dianggotai oleh Syuk Joras, Atu Zero, Fikry, Fad Bocey, Kamal Adli, Amy Mastura dan Zulin.

Seperti penganjura­n musim-musim sudah, Super Spontan Superstar 2017 masih meneruskan konsep ‘berhibur sambil beramal’ apabila pada setiap episod, juara mingguan akan mendermaka­n sejumlah RM5,000 kepada badan kebajikan terpilih. Juara ‘Super Spontan Superstar 2017’ akan membawa pulang RM100,000 beserta trofi. Naib juara akan meraih RM50,000 dan trofi manakala pemenang tempat ketiga akan memenangi RM25,000 dan trofi. Pemenang tempat keempat sehingga kelapan pula akan mendapat wang sagu hati bernilai RM5,000 setiap seorang.

Daripada segi pemarkahan pula, program ini memberi kuasa mutlak kepada penonton untuk penentuan pemenang mingguan samada kumpulan ‘Tenggiling Taiko’ atau ‘King Musang’ menerusi undian sistem pesanan ringkas (SMS). Setiap minggu kumpulan yang mendapat markah tercorot harus menyingkir­kan seorang peserta daripada kumpulan mereka.

Berbeza untuk minggu akhir, undian akan dilakukan bukan mengikut kumpulan tetapi mengikut individu bagi penentuan juara, naib juara, pemenang tempat ketiga dan seterusnya.

Talian undian secara SMS akan dibuka secara rasmi pada 8 September 2017, Jumaat pada jam 10.00 malam.

Pengemudi program iaitu tugasan ‘Pengacara’ sekali lagi akan digalas oleh personalit­i yang tidak asing lagi dalam dunia komedi, Dato’ AC Mizal.

Amir Raja Lawak pula akan bertindak sebagai ‘Pengacara Bersama’ yang akan menanyakan pelbagai soalan panas kepada kedua-dua kumpulan untuk menghangat­kan suasana permainan.

Afdlin Shauki pula kekal sebagai ‘Komentator’ yang akan membuat ulasan ringkas mengenai persem-bahan setiap kumpulan sambil ditemani selebriti jemputan mingguan.

Untuk berita terkini dan aktiviti menarik buat penonton, layari portal hiburan rasmi, Gempak manakala bagi live update program pula, penonton boleh ikuti laman sosial Instagram @Gempak.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? RAQIM Ahmad bergambar bersama wakil penaja serta barisan pemain, pengacara dan komentator.
RAQIM Ahmad bergambar bersama wakil penaja serta barisan pemain, pengacara dan komentator.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia